Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demon Slayer: Kenali Muzan, Raja Segala Demon & Ketua Twelve Kizuki!

Maira by Maira
March 14, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Demon Slayer: Kenali Muzan, Raja Segala Demon & Ketua Twelve Kizuki!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam mana-mana anime atau manga mesti ada sahaja yang memainkan watak antagonis. Demon Slayer pula memperkenalkan kepada kita antagonis terhebat mereka, Muzan Kibutsuji. Dialah yang telah menghuru-harakan dunia fiksyen itu dengan segala demon yang diciptanya. Jom kami ceritakan secara mengenai Muzan kepada anda semua.

AMARAN! SPOILER MANGA DEMON SLAYER DIBAWAH!

Kalau anda ingin tahu, sebelum dia dikenali sebagai King of Demon, dia hanyalah manusia biasa yang berusaha untuk teruskan kehidupan. Sejak dalam kandungan lagi, jantung Muzan banyak kali terhenti dan apabila dia hampir dibakar, Muzan terbatuk dan menunjukkan bahawa dia masih ingin hidup.

Muzan

Tetapi ianya tidak lama sehinggalah dia disahkan mempunyai penyakit maut yang akan mengambil nyawanya sebelum mencecah umur 20 tahun. Kerana enggan tunduk kepada kematian, Muzan telah bertemu dengan doktor yang cuba untuk memberikan pemuda itu untuk hidup dengan lebih lama. Cara yang digunakan oleh doktor itu nampaknya memberikan kesan yang tidak disangka-sangka.

Muzan

Doktor tersebut telah merawat Muzan menggunakan ubat yang dihasilkan oleh Blue Spider Lily, yang akhirnya memberikan kuasa abadi kepada Muzan dan menjadikannya demon pertama dalam dunia itu.

King of Demon

Walaupun dia kini mempunyai kekuatan yang hebat dan kehidupan yang abadi, Muzan masih lagi mempunyai kelemahan tersendiri iaitu, dia tidak boleh terkena cahaya matahari. Jadi untuk membuang kelemahan itu, dia cuba untuk gunakan cara doktor yang merawatnya dulu. Tetapi memandangkan doktor tersebut telah dibunuhnya, dia gagal untuk menjumpai lokasi Blue Spider Lily.

Disebabkan itulah dia mula mencipta lebih ramai demon, dengan harapan salah satu daripada mereka imun kepada cahaya matahari dan mencari bunga biru tersebut. Maka terbentuklah Twelve Kizuki yang merupakan sekumpulan demon terkuat berbanding demon lain.

Muzan mempunyai satu lagi kelemahan iaitu teknik Sun Breathing yang digunakan oleh Yorichii. Bayangkan betapa terkejutnya dia apabila serangan tersebut membuatkannya tidak mampu untuk sembuh. Jadi sebab itulah dia bersama-sama Kokushibo merantau satu Jepun untuk membunuh Demon Slayer yang boleh menggunakan teknik tersebut.

Dia akhirnya bertemu dengan keluarga Kamado, yang menyimpan rahsia teknik Sun Breathing. Muzan telah menyerang mereka dan memberikan darahnya dengan harapan dia boleh mencipta demon yang imun kepada matahari. Lagi sekali dia telah dikecewakan dan pergi dari rumah milik keluarga tersebut. Apa yang dia tidak tahu ialah, Nezuko masih hidup dan bertukar menjadi demon dengan kemampuan yang dia ingini.

Muzan

Selepas mengetahui mengenai Nezuko, dia mengarahkan Upper Rank untuk menculik Nezuko. Daripada situ, bermulalah pertarungan akhir antara Muzan dan Demon Slayer Corps.

Kalau nak tahu bagaimana pertarungan antara Muzan dan Demon Slayer Corps, kenalah baca manga ataupun tunggu sahaja apabila anime keluar nanti. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Demon Slayer, sila klik pautan ini.

Tags: Demon SlayerKing of DemonMuzan Kibutsuji
Previous Post

Acer Malaysia bawa desktop mampu milik ‘Aspire XC & Aspire TC’ ke pasaran, harga bermula RM1,949!

Next Post

Giveaway Shazam! Fury of the Gods — Komen Untuk Peluang Menangi Set Barangan Premium!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahu PC Edisi Terhad? Koleksi Ultra-Premium ASUS ROG “Edition 20” Kini Di Malaysia
Teknologi

Mahu PC Edisi Terhad? Koleksi Ultra-Premium ASUS ROG “Edition 20” Kini Di Malaysia

June 26, 2026
10 Lagu Tema Anime Paling Ikonik Pilihan Pakar Muzik Dunia
Anime

10 Lagu Tema Anime Paling Ikonik Pilihan Pakar Muzik Dunia

June 26, 2026
Resident Evil: Survival Unit Berkolaborasi Dengan Monster Hunter Untuk Acara Crossover Pertama
Mobile

Resident Evil: Survival Unit Berkolaborasi Dengan Monster Hunter Untuk Acara Crossover Pertama

June 26, 2026
Next Post
Giveaway Shazam! Fury of the Gods — Komen Untuk Peluang Menangi Set Barangan Premium!

Giveaway Shazam! Fury of the Gods -- Komen Untuk Peluang Menangi Set Barangan Premium!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd