Acer Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran dua desktop terbaharu, Aspire XC dan Aspire TC yang dilengkapi pemproses generasi ke-13 Intel Core.
Aspire XC
Aspire TC
Direka khas untuk pelbagai tugas harian, Aspire XC jimat ruang bersaiz 8L itu mampu dimuatkan dalam setup di rumah, manakala desktop Aspire TC 16-liter hadir dengan warna hitam dengan rekaan dan sentuhan kompleks, selain mempunyai driver DVD-RW secara ‘built-in’.
Pemproses generasi ke-13 Intel Core membolehkan penggunaan komputer harian yang stabil dan keberkesanan kuasa yang lebih baik daripada kedua-dua desktop itu. Dengan storan SSD ‘fast-loading’ sehingga 512GB untuk menambah baik pengalaman penggunaan, kedua-dua desktop hadir dengan DDR4 RAM bersaiz 8GB yang boleh dinaik taraf sehingga 32GB, berdasarkan keperluan pengguna.
Bagi mempermudahkan setup di rumah, keluarga dan pelajar, desktop Aspire XC dan Aspire TC mempunyai Wi-FI 6E secara ‘built-in’ untuk sambungan yang lebih laju dan stabil. Sebagai tambahan, port ‘input’ dan ‘output’ mampu memenuhi keperluan produktiviti harian dan hiburan di rumah.
[wpdatatable id=151]Hadir dengan perisian Windows 11 Home, Acer Aspire XC and Aspire TC dijual pada harga bermula RM1,949. Kedua-dua siri tersedia dengan segera di laman rasmi Acer eStore dan Acer di Shopee dan Lazada.
@gamersantaimy
Discussion about this post