Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Deku temu Shimura Nana! Pertemuan dua pengguna One For All dalam manga terkini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 13, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Deku temu Shimura Nana! Pertemuan dua pengguna One For All dalam manga terkini!

Sumber: AMBSLUMIA

Share on FacebookShare on Twitter

My Hero Academia telah mencapai tahap baru yang tidak dijangka selepas pertarungan antara Midoriya Izuku dan Shigaraki Tomura telah memaksa quirk masing-masing untuk bertembung sehingga mengakibatkan perjumpaan yang tidak dijangka antara Shimura Nana dan All For One. Deku benar-benar membangkitkan kemarahannya ketika pertarungan dengan Shigaraki bertambah sengit dalam beberapa bab terkini, di mana dia dan Shigaraki mencapai tahap kawalan quirk baru yang diwarisi.

Kali terahir kami melihat Deku adalah apabila dia menyerang Shigaraki lalu tiba-tiba mendapati dirinya berada di dunia One For All ketika All For One tiba-tiba “muncul” daripada Shigaraki dan cuba mencuri quirk Deku. Di dunia ini, Shimura Nana muncul dan berhadapan dengan All For One sekali lagi.

Walaupun Shimura Nana mati di tangan All For One, itupun tidak dapat menghalangnya daripada bertemu penjahat itu sekali lagi, Nana tetap tegas semasa menghadapi bekas musuhnya. All For One cuba mengejeknya di depan Shigaraki, dan menyatakan bahawa kerana dia mencuba mencuri quirk tersebut, semua pengguna lepas telah dikumpulkan di satu tempat.

Shigaraki memberitahu kepada neneknya, Shimura, bahawa dia membencinya, dan menggunakan kemarahan itu untuk menghancurkan dunia One For All. Malangnya bagi Shigaraki, Shimura dan pengguna One For All yang pertama menghalang serangan ini daripada berlaku dan berjanji untuk membantu Deku memahami kekuatannya sehingga akhirnya dia dapat menewaskan All For One.

Yang paling menarik dalam bab ini adalah kesedaran Shimura Nana masih hidup di dunia baru ini. Ia bukan hanya sebuah memori, tetapi seperti pengguna sebelumnya yang pernah kita lihat, Nana sedang berusaha untuk keluar menghadapi Shigaraki. Kita juga dapat melihat pengguna pertama One For All, iaitu adik All For One.

Ini berlaku kerana Deku telah membuka quirk milik Shimura Nana dan pengguna pertama dalam One For All, lalu meningkatkan kekuatannya. Ini berpotensi untuk kita melihat semua pengguna One For All bersatu dengan Deku dan merupakan satu prospek yang menarik untuk masa depan siri. Apa pendapat anda?

Tags: mangaMidoriya IzukuMy Hero AcademiaOne For AllShimura Nana
Previous Post

Lari, Lompat, Pusing dengan penuh aksi bersama Crash dan Coco dalam review penuh Crash Bandicoot 4: It’s About Time!

Next Post

Sonic dalam Fall Guys?! Kostum terbaru Sonic the Hedgehog akan datang 14 Oktober ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Sonic dalam Fall Guys?! Kostum terbaru Sonic the Hedgehog akan datang 14 Oktober ini!

Sonic dalam Fall Guys?! Kostum terbaru Sonic the Hedgehog akan datang 14 Oktober ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd