Death Stranding adalah game PS4, tetapi menurut Mark Cerny (Ketua arkitek untuk konsol next-gen seterusnya) memberi klu bahawa ia juga berkemungkinan akan hadir untuk PS5. Baru-baru ini Mark Cerny di Sony mengumumkan maklumat-maklumat mengenai PS5 yang mengatakan beberapa games akan dilancarkan untuk kedua-dua konsol itu, iaitu PS4 dan PS5 yang membolehkan ia menjadi konsol cross-gen. Dan Death Stranding adalah salah satu game tersebut.
Dalam temuramah bersama Wired, Mark ditanya mengenai Death Stranding, sama ada game tersebut akan jadi pengeluaran untuk cross-gen atau tidak. Membalas soalan tersebut dengan hanya senyuman sinisnya, Mark tidak berkata apa-apa. Malah, seorang jurucakap di dalam bilik memberitahu sekali lagi bahawa game itu hanya akan dikeluarkan untuk PS4, tetapi senyuman Cerny seolah-olah menjemput spekulasi bahawa ia sebenarnya akan menjadi pelepasan untuk dua platform.
Seperti yang korang dapat lihat, semuanya agak samar-samar buat masa ini, dan ia sebenarnya memang sangat sesuai dengan game tersebut juga sebab ia pun tiada sebarang maklumat lanjut mengenai Death Stranding. Nampaknya, game Death Stranding masih dalam pembangunan untuk PS4 dan kemungkinan PS5. Ianya tidak dinafikan, game ini adalah salah satu tajuk besar yang dinanti-nantikan oleh semua pemain. Harap pada masa hadapan kita dapat dengar dengan lebih mendalam mengenai game ini!
Sumber: Comic Book
@gamersantaimy
Discussion about this post