Seperti yang telah diumumkan di The Games Award, Dauntless bakal ke Epic Games Store pada April 2019. Dauntless merupakan game yang sama genre dengan Monster Hunter.
Pada tarikh ianya berada di Epic Games Store, ianya juga tarikh yang sama Dauntless bakal dilancarkan di Playstation 4 dan Xbox One. Peh…release multiplatform terus. Pembikinnya, Phoenix Studios coin kan term One Dauntless.
It's official, Slayers:
WE'RE COMING TO CONSOLE!https://t.co/j25sraRJ2c— Dauntless (@PlayDauntless) December 7, 2018
Bukan saja crossplay between consoles dan PC, pada 2019 jugak Phoenix Labs cadang nak release Dauntless kat mobile dan Nintendo Switch. Kalau Maxim Bady mesti dah kata “what the father faking fak”. Satu visi yang sangat menarik daripada Phoenix Labs.
Dauntless jugak akan adaptasi Fortnite punya Battle Pass system; dan ianya dipanggil Hunt Pass. Dengan USD$10, pemain akan diberikan track yang baru dengan ganjaran seperti emotes, kosmetik, items dan banyak lagi setelah menyelesaikan challenge tertentu. Ada gak Hunt Pass yang free tapi barang yang dapat tak la sehebat yang berbayar. Korang leh preview Hunt Pass kat sini.
Tapi korang tak perlu tunggu hingga April untuk main, sekarang ni Dauntless tengah open beta dan percuma kalau korang nak main. Boleh la tengok Behemoth paling besar dalam Dauntless setakat ni, Valomyr.
@gamersantaimy
Discussion about this post