Sony, menerusi satu showcase telah menayangkan games daripada pembangun China melalui China Hero Project. Ini ialah satu projek dimana Sony Interactive Entertainment mengambil inisiatif untuk membantu pertumbuhan dan merancakkan arena pembangunan dan pembikinan game di China; dan untuk membawakan produk mereka ke serata dunia.
Menerusi projek ini, Sony telah mempersembahkan 7 games yang berpotensi tinggi. Game-game tersebut adalah:
AI-LIMIT (Pembangun: Palm Pioneer’s Sense Games)
Game ini disasarkan sebagai sebuah game hardcore action RPG daripada Palm Pioneer’s Sense Game studio. Ia mengisahkan tentang heroine Arissa yang menggunakan kebolehan istimewanya untuk menewaskan ancaman di dunia masa depan.
ANNO: MUTANTIONEM (Pembangun: ThinkingStars)
Berkonsepkan sama hardcore action RPG, ia menggabungkan elemen cyberpunk bersama dengan seni pixel art. Ia dibangunkan oleh pasukan yang dianggotai oleh veteran daripada industri game bersama dengan bakat-bakat muda.
F.I.S.T (Pembangun: TiGames)
Game bertemakan metroidvania dimana gamers memainkan seekor arnab yang boleh memanipulasikan lengan robotiknya untuk melakukan serangan yang hebat, disamping menjelajah dunia diesel-punk yang telah ditawan oleh bala tentera robot yang jahat.
In Nightmare (Pembangun: Magic Fish Studios)
Game yang bertemakan kegelapan dimana pemain akan mengembara untuk mencari pengampunan. Pemain bakal menjelajah dunia mimpi yang tidak terikat dengan undang-undang dunia realiti.
EVOTINCTION (Pembangun: Spikewave Games)
Sebuah game penyelinapan 3rd person, menampilkan mekanisma hacking yang menarik. Ia mengisahkan tentang perbincangan berkenaan hubungkait evolusi dan kepupusan. Dengan kepesatan perkembangan teknologi seperti A.I dan penggubahan gene; ia bakal membuka persoalan bagaimana spesis manusia menghadapi kemajuan pesat ini.
RAN: Lost Lands (Pembangun: Jolly Roger)
Sebuah game multiplayer kompetitif berskala besar bertemakan kurun ke 17, bertempat di sebuah era dimana dunia-dunia mula berhubung dan bertemu.
CONVALLARIA (Pembangun: Loong Force)
Sebuah game online dengan mode permainan PvP dan PvE. Boleh dikatakan Anthem atau Destiny versi China.
Apapun games ini kelihatan mempunyai prospek dan potensi yang mana ia mampu bersaing dengan game-game terkemuka dari barat.
@gamersantaimy
Discussion about this post