OK, buat masa sekarang COD: Blackout mode boleh main kat PS4 sebab ada private beta session. Kepada mangkuk-mangkuk yang ada PC dan Xbox One, korang jangan susah hati. Ada hari ada batas, ada ubi boleh sedas.
Activision telah mengesahkan beta session untuk 2 platform ni akan diadakan dalam minggu yang sama. 14 September nanti dapat la budak-budak Xbox One merasa. Tapi lepas geng PS4 main dulu la; kira macam serpih-serpih la korang dapat. Kat PC pun dapat pada tarikh yang sama. Nota kaki: sape pre-order mana-mana edition Black Ops 4 je dapat eh.
24 jam kemudian, semua orang yang ada akaun Battle.net akan dapat gak.
Publisher Blackout beta dah dedahkan yang akan ada 3 cara main, solo, duos dan geng ber-empat yang dipanggil squad (duh).
Blackout ni menerapkan genre battle royale dalam COD. Developer dia Treyarch kasitau yang mode ni akan ada map yang bab* besar dan diilhamkan dari game Black Ops sebelum ni. Setakat ni, masih tak sure berapa player skali Blackout support.
COD: Black Ops 4 bakal dilancarkan kat PS4, Xbox One dan PC 12 Oktober ni. Beza dengan game dulu, takde single player yang biasa-biasa dah. Tapi dah tukar dengan solo mission, yang tumpukan kat watak-watak Specialist dia.
@gamersantaimy
Discussion about this post