Musim baru makin membangkit semula untuk Apex Legends, Respawn Entertainment nampaknya menunaikan janji mereka untuk ban para-para ‘cheater‘ didalam Apex Legends. Dan ini pekara yang baru sahaja terjadi malam tadi (waktu Malaysia), seorang pemain bertuah berjaya merakamkan segalanya secara live dimana cheater terus dikeluarkan dan diban dari permainan!
Wow, dalam game terus Respawn ban?! Jadi sejak beberapa bulan lalu, Respawn telah memulakan misi kemaskini Anti-Cheat untuk meyakinkan pemain lain bahawa mereka mampu dan sanggup melakukan apa saja untuk memerangi cheater-cheater ini. Dalam kemaskini mereka menyatakan bahawa telah mengharamkan dan menyekat lebih dari 1 juta akaun antaranya mengharamkan 770,000 pemain, menyekat lebih 300k akaun dan mengharamkan 4000 lagi akaun spam. Jadi dalam dua bulan ini, Respawn makin kerap berusaha untuk mengurangkan jumlah cheater-cheater di Apex Legends ini.
“Kami mengambil penipuan di Apex Legends sangat serius dan mempunyai banyak sumber yang dapat mengatasinya daripada pelbagai sudut. Ia adalah peperangan berterusan dengan cheater bahawa kita akan terus berjuang. “- Respawn
Jadi kita teruskan dengan cheater yang di ban secara live tadi. Nampaknya masih ramai yang membuat cheat aim-bot didalam permainan, jadi pihak Respawn memerhati setiap gelagat penipu-penipu ini dan terus ban mereka. Pada awal permainan tersebut, pemain yang bernama ShivFPS dan kawan-kawannya telah pun dimatikan oleh pasukan lain, dari situ mereka agak pelik dan curiga dengan cara kekalahan dan kematian mereka dalam permainan tersebut. Jadi mereka membuat keputusan untuk terus menyaksikan pasukan yang menewaskan mereka itu, dan nampaknya rasa curiga itu ternyata benar dan salah satu pemain yang di suspek tersebut memang ternyata seorang cheater apabila pihak Respawn terus ban mamat cheater tu.
Jom saksikan sendiri keindahan saat cheater tu diban!
Nampak tak bertapa seronoknya pemain bernama ShivFPS ni menjerit-jerit bila menyaksikan cheater tu diban?! Kawan-kawan nya turut gelak besar kerana sangat berpuas hati dengan dan tidak mempercayai larangan tersebut berlaku begitu cepat!
Walaubagaimana pun, masih terdapat dua pemain dari pasukan penipu tersebut belum diban, dan ShivFPS masih kekal menonton mereka dan masih tidak dapat memastikan mereka main tipu atau tak. Kemudian pekara sama juga berlaku seperti tadi, dan ternyata dua pemain yang tinggal ini juga merupakan cheater dan terus diban keluar permainan!!
Memang makin puas hati sebab jadi depan mata la kan! ShivFPS dan kawan-kawannya menyorak “The Dev are Watching!” . Perasaan tu membuak-buak la jadinya! Kalau jadi kat korang pun rasanya jadi gembira gila ye dok! Jadi kemungkinan besar pihak Respawn secara kebetulan tengah menyaksikan live-live di Twitch untuk memerhati pemain-pemain penipu ni semua atau pun ada wakil yang akan menjaga perlawanan yang dijalankan.
Apapun memang terbaik lah keputusan Respawn Entertainment untuk ban terus pemain-pemain ni! Harap akan diteruskan agar lupus terus orang yang main game tak jujur ni kan!
Sumber: GameLife
@gamersantaimy
Discussion about this post