Apex Legends telah mula hilang popularitinya sejak suksesnya pada awal dua bulan keluaran. Ini ialah kerana hacker dan cheater yang merosakkan game ini untuk berjuta-juta pemain. Pemain Apex Legend akan sentiasa memuat naik video hacker merosakkan perlawanan mereka atau cheater mengeksploitasi sebahagian daripada map. Walaupun ia kelihatan seperti Respawn tidak memberi tindak balas tentang isu ini, mereka telah mengeluarkan beberapa angka mengejutkan yang akan membuat sesiapa yang ingin hack atau cheat untuk lari lintang-pukang.
Nice work dealing with them hackers 👍 pic.twitter.com/jIZyhrCObF
— Frag (@FragManSaul) May 3, 2019
Respawn telah menambah alat report in-game yang secara drastik mengubah cara mereka mencari cheater dan hacker. Di update anti-cheat ini, Respawn memberi kenyataan bahawa mereka boleh mencari “undetectable cheat” yang kini boleh dijumpai secara automatik melalui EAC. Ini menyebabkan Respawn untuk:
- Ban 770,000 pemain.
- Block lebih daripada 300,000 akaun.
- Ban lebih daripada 4,000 spam akaun sepanjang tempoh 20 hari.
Segala usaha mereka berjaya mengurangkan jumlah cheater dan spammer sebanyak 50% pada bulan lepas. Ini berita baik untuk semua pemain, tidak kisah yang masih bermain Apex atau mereka yang sudah berhenti kerana cheater ini. Walaupun terdapat laporan pada bulan lepas bahawa hacker Apex Legends sedang mencari teknik baru, Respawn juga sedang mencari metod baru untuk menangkap mereka.
Dengan butiran terbaru oleh Respawn, pemain boleh bertenang bahawa sesuatu telah dilakukan untuk melawan isu hack dan cheat ini. Walaupun Respawn berkata mereka tidak boleh kongsi tentang apa mereka buat, tetapi mereka mempunyai resource dan tool untuk mengenal pasti siapa yang cheat di dalam game.
Sumber – Apex Legends
@gamersantaimy
Discussion about this post