Sunrise telah membuka satu channel YouTube yang didedikasikan 200% dengan kandungan Gundam. Mula diterbitkan pada 1978 dengan siri asal Mobile Suit Gundam hingga kini, Gundam sememangnya telah memberikan impak yang besar kepada masyarakat hinggakan patung gergasi untuknya telah dinaikkan di Jepun; manakala Gundam Satellite pula dijadualkan untuk dilancarkan pada Olimpik 2020 di Tokyo. Sempena dengan ulangtahun ke 40 francais ini, Sunrise telah mengumumkan beberapa siri kegemaran peminat akan tiba secara atas talian menerusi channel ini.
Anime News Network telah berkongsi berita ini menerusi akaun Twitter mereka:
#News Sunrise Launches New 'Gundam Channel' for Streaming on YouTube • 1st part of catalog series to be gradually added; Gundam Build series will have episode blocks every Thursday #anime https://t.co/TN9toLW7kn
— Anime News Network (@Anime) July 31, 2019
Hampir kesemua (jika tidak semuanya) siri dalam Gundam akan membuat kemunculan dalam channel ini. 3 episod pertama untuk setiap siri telahpun berada di channel ini. Episod tambahan juga akan ditambahkan untuk siri Mobile Suit Gundam 00, Mobile Fighter G Gundam, Mobile Suit Gundam, Gundam Build Fighters, Gundam Build Fighters Try, Gundam Build Divers, dan siri anime akan datang iaitu Gundam Build Divers Re:RISE.
Episod baru untuk siri Gundam juga akan ditambahkan setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu. Oleh kerana terlalu banyak siri dalam francais ini, dijangkakan Sunrise tidak akan kekeringan kandungan dalam masa yang terdekat; tetapi sebaliknya untuk peminat kerana mereka yang akan rambang mata kerana kandungan terlalu banyak.
Siri Gundam manakah yang akan mendapat perhatian anda? Secara peribadi, saya hanya menggemari Gundam Wing, dan saya pasti anda boleh teka mengapa.
Sumber: Comicbook
@gamersantaimy
Discussion about this post