Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Chainsaw Man: Pertarungan Melawan Falling Devil Akhirnya Tamat! [SPOILER MANGA]

Maira by Maira
June 1, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Chainsaw Man: Pertarungan Melawan Falling Devil Akhirnya Tamat! [SPOILER MANGA]

Sumber imej: Manga Plus

Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya manga Chainsaw Man akan membawa kita ke satu arc terbaharu nanti. Tetapi sebelum itu, jom kita lihat dahulu bagaimana kesudahan kepada pertarungan antara Falling Devil dengan Chainsaw Man dan Asa.

AMARAN! Ada spoiler manga Chainsaw Man 131 di bawah!

Bab lalu melihat Chainsaw Man dan Asa menunggang Chainsaw Cycle untuk melarikan diri daripada Falling Devil, Tetapi malangnya mereka berdua tidak bernasib baik dan tidak mampu untuk mengelak daripada ditelan oleh devil yang ingin memakan mereka. Elok pula mereka masuk ke dalam mulut devil tersebut bersama-sama motor yang ditunggang. Walaupun begitu, sesuatu telah berlaku menyebabkan devil tersebut memuntahkan balik Chainsaw Man dan Asa, membuatkan Falling Devil membunuh devil tersebut.

Sumber: Manga Plus

Rupa-rupanya, devil tersebut telah dikawal oleh Nayuta, yang membuatkannya benci dengan rasa kedua-dua watak protagonis itu. Kalau anda ingin tahu, Nayuta merupakan Control Devil yang telah dilahirkan semula. Lebih menarik tentang kejadian dengan Falling Devil, sebenarnya Fami yang menghantar devil tersebut untuk memburu Asa. Setelah dia menyuruh Falling Devil pulang, Fami memberitahu niat sebenarnya menggunakan devil tersebut.

Sumber: Manga Plus

Dia sebenarnya tidak mahu membunuh Asa tetapi mahu mengawal War Devil yang ada di dalam badan Asa. Tambahnya, ramalan Nostradamus mengenai penaklukan dunia mungkin jauh lebih benar. Jika ia berlaku, dunia mungkin dikawal oleh devil dan Famine tidak mahu ianya berlaku.

Sumber: Manga Plus

Fami sempat memberikan tawaran menarik kepada Control Devil dengan meminta Nayuta menyertainya untuk memastikan dunia kekal selamat. Jawapan yang diberikan Nayuta pula tidak disangka oleh pembaca. Dia sanggup menolak tawaran tersebut kerana dia perlu hadir ke sekolah. Selepas itu, kita dibawa melihat Nayuta di sekolah sebelum bab tamat.

Sumber: Manga Plus

Sudah lama kita tidak bertemu dengan Nayuta. Ada sahaja benda kelakar yang berlaku apabila bertemunya. Ada kemungkinan besar kita akan melihat gelagat Control Devil ini di sekolahnya dalam bab akan datang. Tidak sabar untuk membacanya nanti.

Anda yang ingin membaca bab terbaru ini boleh ke aplikasi atau laman web MangaPlus. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Chainsaw Man daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Chainsaw ManCSM 131Manga spoiler
ShareTweetSend
Previous Post

Koleksi UT Uniqlo Bleach Bakal Tersedia pada 17Julai 2023 di Malaysia!

Next Post

Preview Moria Marauder – Kad terbaru daripada MTG Lord of The Rings: Tales Middle-Earth!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Preview Moria Marauder – Kad terbaru daripada MTG Lord of The Rings: Tales Middle-Earth!

Preview Moria Marauder - Kad terbaru daripada MTG Lord of The Rings: Tales Middle-Earth!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd