Bab bermula dengan Yoru cuba untuk mengambil alih Asa dengan memintanya untuk fokus kepada kesakitan berbanding traumanya. Ianya berjaya hanya seketika sehinggalah Asa teringat kepada kucingnya yang telah dibunuh. Perkara itu membuatkan Yoru mencederakan tangan Asa supaya dia kekal fokus kepada rasa sakit.
Apabila mereka cuba untuk ke bangunan berdekatan sekali lagi Yoru hilang kawalan dan mereka kembali terapung. Yoru mula menuduh Asa bahawa dia takut kepadanya, sebab itulah dia sering hilang kawalan pada badan Asa. Dia cuba memujuk Asa mengatakan dia tidak perlu takut serta perlu percaya kepada kebolehannya.
Boleh tahan juga konflik antara mereka ini apabila Asa sekarang ini dibelenggu dengan rasa takut. Yoru sekali lagi mengingatkan Asa bahawa kuasa Falling Devil itu yang membuatnya menjadi negatif dan dengan kebolehannya mereka berdua boleh selamatkan diri.
Asa selepas itu bertanya jika Yoru boleh membaca fikirannya dan melihat apa yang ditakutinya selama ini. Dia mula berterus terang tentang ketakutannya di mana dia sering disakiti dan ditinggalkan seorang diri. Jadi masuk akal kenapa Asa susah untuk percaya atau rapat dengan sesiapa sahaja.
Selepas itu kita kembali melihat Falling Devil dengan menu terbarunya “De Root Atelanta”, iaitu sup yang menggunakan badan devil hunter yang cuba memburunya. Dia turut membawa seorang Devil hunter yang masih hidup untuk diberikan kepada devil lain yang berada di sebalik pintu. Memang ngeri sungguh rupanya.
Selesai memberikan menu tersebut kepada devil tersebut, Falling Devil kembali dengan misinya untuk mencari Asa dan Yoru untuk menu terbarunya “Asa Root Yoru”, menu fusion antara manusia dan War Devil.
Dengan ketakutan Asa didedahkan serta Falling Devil yang mula mencari mereka, macam mana agaknya Yoru akan mengendalikan situasi ini? Kenalah tunggu bab baru minggu depan pula. Teringin juga untuk lihat perkara lain yang boleh dilakukan oleh Falling Devil.
Discussion about this post