Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Chainsaw Man Animation Exhibition” Bakal Hadir ke Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 17, 2025
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Pameran/Expo
0 0
0
“Chainsaw Man Animation Exhibition” Bakal Hadir ke Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik untuk peminat anime! “Chainsaw Man Animation Exhibition“, sebuah acara khas yang didedikasikan untuk siri anime popular Chainsaw Man, secara rasmi diumumkan akan hadir ke Malaysia.

\「アニメ チェンソーマン展」アジアツアー開催決定!🎊/
1月17日に香港からスタート✨その後、台湾・韓国・マレーシアを巡回!
アジアのファンの皆様もアニメ『チェンソーマン』の世界を感じてください🥰
各会場では限定のグッズも販売予定!
ファンの皆様、ぜひお楽しみに❤️‍🔥

— チェンソーマン【公式】 (@CHAINSAWMAN_PR) January 16, 2025

Sebagai sebahagian daripada Asia Tour, pameran ini akan bermula di Hong Kong pada 17 Januari 2025, sebelum singgah di Taiwan, Korea Selatan, dan akhirnya tiba di Malaysia. Walau bagaimanapun, tarikh rasmi untuk Malaysia masih belum diumumkan.

Pameran ini menawarkan pelbagai tarikan menarik, termasuk:

  • Karya Seni Asal: Pameran ilustrasi dan reka bentuk terus dari anime.
  • Patung Berskala Sebenar: Watak ikonik dihidupkan dalam bentuk patung bersaiz sebenar, sesuai untuk peluang bergambar.
  • Barangan Eksklusif: Koleksi edisi terhad yang hanya boleh didapati di acara ini, menjadikannya destinasi wajib untuk pengumpul.

/
📢#チェンソーマン展 終了まであと10日!
ポチタが大阪会場をPR🎉
\

🟧貴重な原画や絵コンテ
🟨設定資料
🟥アニメーション制作過程映像
🟦等身大フィギュア

話数毎の装飾で世界観を追体験🙌

10/29(日)まで!

🔽詳細はこちらhttps://t.co/CmP61Walu5#chainsawman #チェンソーマン #ポチタ pic.twitter.com/01X3ex184K

— チェンソーマン【公式】 (@CHAINSAWMAN_PR) October 19, 2023

Walaupun tiada info tepat, ramai menjangkakan bahawa kandungan pameran ini serupa dengan versi Jepun, yang menampilkan lukisan animasi eksklusif, papan cerita, dan bahan produksi yang diselia oleh MAPPA, studio di sebalik penghasilan anime ini. Walaupun kandungan setiap lokasi Asia Tour mungkin berbeza, pameran ini dijangka menawarkan pengalaman yang mendalam ke dunia Chainsaw Man.

Kredit: Klook

Bagi yang tidak tahu, Chainsaw Man ialah siri manga Jepun ciptaan Tatsuki Fujimoto. Ia mula disiarkan dalam Weekly Shōnen Jump pada Disember 2018, sebelum berpindah ke Shōnen Jump+ pada Julai 2022.

Kisah ini berlaku dalam dunia di mana devil, entiti yang lahir daripada ketakutan manusia, wujud dan boleh menyatu dengan manusia menjadi “fiend” atau “hybrid.” Denji, seorang pemuda miskin, memburu devil untuk melangsaikan hutang arwah ayahnya dengan bantuan devil peliharaannya, Pochita, si Chainsaw Devil.

Selepas pengkhianatan yang meragut nyawa mereka, Denji bergabung dengan Pochita dan menjadi “Chainsaw Man,” memperoleh kuasa yang mengubah tubuhnya menjadi gergaji rantai. Dia menyertai Public Safety Devil Hunters, sebuah agensi kerajaan, memulakan perjalanan yang sarat dengan keganasan, persahabatan, dan pencarian makna kemanusiaan.

Kredit: Klook

Manga ini telah diadaptasi menjadi anime oleh MAPPA, yang ditayangkan pada Oktober 2022. Dengan animasi berkualiti tinggi, naratif yang berlapis, dan watak-watak yang “memorable”, anime ini mendapat sambutan hangat di seluruh dunia, menjadikan Chainsaw Man sebuah fenomena budaya.

Kami akan mengemas kini maklumat terkini tentang Chainsaw Man Animation Exhibition di Malaysia apabila lebih banyak info didedahkan.

Tags: Chainsaw ManChainsaw Man Animation Exhibition
ShareTweetSend
Previous Post

[EKSKLUSIF] Interviu Sid Meier’s Civilization VII – Langkah Seterusnya Untuk Sejarah!

Next Post

BLEACH Rebirth of Souls Dedah Gameplay Baharu, Game Mode & DLC Thousand-Year Blood War!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
BLEACH Rebirth of Souls Dedah Gameplay Baharu, Game Mode & DLC Thousand-Year Blood War!

BLEACH Rebirth of Souls Dedah Gameplay Baharu, Game Mode & DLC Thousand-Year Blood War!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd