Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

BLEACH Rebirth of Souls Dedah Gameplay Baharu, Game Mode & DLC Thousand-Year Blood War!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 17, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Fighting, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
BLEACH Rebirth of Souls Dedah Gameplay Baharu, Game Mode & DLC Thousand-Year Blood War!
Share on FacebookShare on Twitter

Malam tadi, Bandai Namco dan pembangun Tamsoft telah mengeluarkan trailer gameplay baharu berdurasi enam minit untuk BLEACH Rebirth of Souls, sebuah game aksi yang diadaptasi daripada siri anime popular Bleach.

Trailer BLEACH Rebirth of Souls ini memberikan gambaran terperinci tentang sistem gameplay, mekanik pertempuran, mod, dan kandungan DLC yang akan datang.

Gameplay Umum & Game Mode yang Ditawarkan

BLEACH Rebirth of Souls menampilkan sistem pertempuran pantas di mana pemain mesti mengurangkan Reishi pihak lawan untuk melemahkan Konpaku mereka, yang mewakili nyawa dengan sembilan bar. Dengan menggunakan gabungan kombo dan “reverse action”, pemain boleh memusnahkan beberapa bar Konpaku sekaligus untuk mendapatkan kelebihan.

Kredit: Bandai Namco

Game ini memperkenalkan mekanik tiga hala yang unik, iaitu Attack, Breaker, dan Guard. Penguasaan sistem ini, bersama dengan pemahaman jarak dan serangan balas, adalah kunci untuk mengatasi lawan. Apabila pemain menerima cukup banyak serangan, mereka boleh mengaktifkan Awakening State, yang menguatkan watak, memberi abiliti baru, dan Kikon Move, serangan yang sangat kuat dan boleh mengubah hala pertempuran.

Kredit: Bandai Namco

Trailer tersebut turut memaparkan pelbagai aksi, gerakan, dan kombo baru:

  • Reverse Actions: Serangan kuat yang diambil daripada Konpaku watak.
  • Chain Reverse: Sambung serangan dengan lancar dan tingkatkan damage melalui kombo aktif.
  • Burst Reverse: Ganggu momentum lawan dengan teknik yang menolak mereka ke belakang.
  • Kikon Move: Serangan binasa yang boleh dimanfaatkan setelah cukup damage diberikan kepada lawan.
  • Awakening State: Tingkatkan kekuatan dan buka abiliti baru, termasuk serangan balas yang dahsyat.
  • Kikon Channel: Abiliti khas dalam Awakening State yang memberikan serangan tunggal yang sangat kuat.

Selain itu, game ini menyediakan beberapa mode menarik untuk diterokai:

Kredit: Bandai Namco
  • Story Mode: Alami semula perjalanan Ichigo Kurosaki dari Arc Substitute Soul Reaper hingga akhir Arc Arrancar.
  • Secret Story Mode: Selami naratif utama dengan lebih mendalam melalui perspektif watak berbeza.
  • Battle Mode: Uji kemahiran dalam pertempuran multiplayer secara offline atau online dengan pemain global.
  • Mission Mode: Hadapi cabaran misi yang direka khas untuk menguji kebolehan anda.
Kredit: Bandai Namco

Season Pass dan Watak DLC

Kredit: Bandai Namco

Trailer tersebut juga mendedahkan bahawa Season Pass bagi game ini akan merangkumi empat watak baru daripada Bleach: Thousand-Year Blood War, yang boleh diakses seminggu lebih awal oleh pemegang Season Pass. Siapakah watak ini? Hal itu tidak diumumkan.

BLEACH Rebirth of Souls akan dilancarkan pada 21 Mac untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, dan PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Tags: Bleach Rebirth of Souls
ShareTweetSend
Previous Post

“Chainsaw Man Animation Exhibition” Bakal Hadir ke Malaysia!

Next Post

EA SPORTS FC 25: Inilah “2024 Team of the Year” Pilihan Pemain!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
EA SPORTS FC 25: Inilah “2024 Team of the Year” Pilihan Pemain!

EA SPORTS FC 25: Inilah "2024 Team of the Year" Pilihan Pemain!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd