Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Call of Duty: Warzone Mobile diumumkan secara rasmi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 11, 2022
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Shooter
0 0
0
Call of Duty: Warzone Mobile diumumkan secara rasmi
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun kita ada PUBG, Fortnite, Apex Legends dan sebagainya, Call of Duty: Warzone oleh Activision masih kekal popular di kalangan gamers dalam kategori FPS. Kini, Activision ingin melebarkan sayap lebih jauh selepas mengumumkan Call of Duty: Warzone untuk platform mobile.

We are building Call of Duty® Warzone™ for mobile! Apply today for exciting roles across the development and publishing teams!

More Information Here: https://t.co/3C39S1ITeI pic.twitter.com/J0rOw5W7eO

— Activision (@Activision) March 10, 2022

Berita tentang adaptasi mobile dan jawatan kosong diumumkan di laman web rasmi Call of Duty tetapi malangnya, tidak banyak info dan butiran-butiran penting yang didedahkan. Jadi, buat sesiapa yang ingin tahu tarikh keluaran, nampaknya ia tidak akan keluar dalam masa terdekat. Walaupun begitu, Activision sedang aktif mengupah developer dan pengurus produk yang berpengalaman mencipta game mobile.

Di posting yang sama, Activision menyenaraikan jawatan kosong yang tersedia iaitu “Network Programmer”, “System Programmer”, “UI Programmer”, “UI Artist”, “Producer”, dan “Product Manager” untuk bantu membangunkan Call of Duty: Warzone Mobile. Jawatan ini tersedia di beberapa studio anak syarikat Activision, termasuk Solid State Studios, Beenox, Digital Legends dan Demonware.

Ramai yang tidak hairan apabila Activision membuat keputusan untuk mencipta game bagi pasaran mobile. Pesaing rapatnya; PUBG dan Fortnite sudah lama tersedia di mobile, manakala Apex Legends Mobile baru membuat soft launch di beberapa negara termasuk Malaysia. Oleh itu, ini adalah langkah yang masuk akal untuk syarikat tersebut yang ingin fokus ke pasaran mudah alih.

Sebelum ini, Activision mencipta Call of Duty: Mobile pada tahun 2019 dan ia berjaya meraih banyak sambutan positif dengan rating sebanyak 81% di Metacritic dan purata 4.2 di PlayStore. Walaupun begitu, populariti game ini nampaknya seolah-olah seperti tidak meningkat sejak belakangan beberapa tahun ini. Jika Call of Duty: Warzone Mobile dihasilkan dengan kualiti yang lebih kurang sama seperti versi PC/konsol, saya jamin populariti mereka boleh menyaingi PUBG Mobile.

Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh cuba Call of Duty: Warzone di PC, PS4 dan Xbox One, serta PS5, Xbox Series X/S manakala versi mobile masih dalam pembangunan.

Sumber: Activision

Tags: Call Of DutyCall of Duty: Warzone MobileMobile
Previous Post

Dead by Daylight percuma dimainkan minggu ini! Banyak diskaun juga ditawarkan untuk DLC!

Next Post

Koleksi lengkap soundtrack FAIRY TAIL akan tersedia pada 16 MAC 2022!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Koleksi lengkap soundtrack FAIRY TAIL akan tersedia pada 16 MAC 2022!

Koleksi lengkap soundtrack FAIRY TAIL akan tersedia pada 16 MAC 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd