Peminat Final Fantasy 7 yang main Monster Hunter World dah boleh guna pedang Cloud iaitu Buster Sword! Tapi bukan Ultima Weapon…
Seorang modder dengan nama ‘UberGrainy’ yang buat mod ni. Ye, pedang ni bukan official ataupun collaboration Square Enix dengan Capcom ke apa. Modder ni pakai DemonZariche dan DoubleBrewski punya Oblivion/Skyrim Buster Sword punya model yang dah di remapped dan retextured. Handle texture pulak dia pakai Phate3 punya Dragonslayer. Panjang Buster Sword ni pun pendek sikit daripada yang asal, sebab tak nak la nampak pedang tu macam clipping dalam tanah. Ada sikit-sikit imperfections kat pedang ni, tapi dah design habis gempak dah sebab close to polygon limit dah pun…
Korang nak gak? Download kat sini. Extract semua isi file tu ke directory
“Steam\Steamapps\common\Monster Hunter World\”
Sedikit remark disini,“BS_two000x” adalah senjata yang ada attached parts. Kalau korang extract ni, korang kena extract parts folder untuk hide kan parts tu. “Two000x” pulak weapon model yang unik. Korang kena extract folder “mod_wp_cloudGS” untuk texture dia. Kalau ada nampak floating emblem, korang kena install folder optional “emblem” untuk hide emblem tu.
@gamersantaimy
Discussion about this post