Selepas lebih sedekad menyepi, Bungie telah kembali dengan projek terbaharu mereka, Marathon. Ia merupakan game sci-fi PvP extraction shooter, di mana pemain akan engage dengan Runner, meneroka koloni yang hilang di planet Tau Ceti IV untuk mencari kekayaan, kemasyhuran dan keburukan. Marathon kini dalam pembangunan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC, dengan ciri cross-play dan cross-play.
Melalui temu ramah di PlayStation Blog, Christopher Barrett, Pengarah Game Marathon menyatakan bahawa game ini bukanlah sekuel terus kepada game asal yang keluar pada 1994 tetapi ia ada berkaitan dengan universe sama dan terasa seperti game Bungie. Tambahnya lagi, Marathon tidak akan mempunyai kempen single-player.

“Marathon direka dari awal sebagai game berfokuskan PvP dan tidak akan mempunyai kempen single-player. Sebaliknya, dengan pengalaman PvP sebagai asas kami, kami mencipta peluang untuk cerita yang dipacu pemain terungkap, cerita yang disepadukan dengan naratif game secara menyeluruh.
Kami sedang membina dunia yang penuh dengan zon yang berterusan dan berkembang, di mana pemain mencipta perjalanan mereka sendiri dengan setiap larian yang mereka lakukan. Ini mungkin bermakna pertempuran tembak yang tidak dapat dilupakan terhadap krew lain yang bersaing untuk loot yang sama, atau extraction saat terakhir semasa melanda semua pihak.”

Buat sementara ini, tiada tarikh yang dijadualkan untuk Marathon. Bungie juga membuka peluang perkerjaan untuk mencari mereka yang ingin terlibat dalam pembangunan game ini. Apa pun kita tunggu sahaja kemas kini mengenai Marathon pada masa akan datang.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post