Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bekas Pengarah Tekken 8 Kohei Ikeda Bersatu Semula Dengan Katsuhiro Harada Di VS Studio Milik SNK

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 19, 2026
in Artikel, Berita, Industri
0 0
0
Bekas Pengarah Tekken 8 Kohei Ikeda Bersatu Semula Dengan Katsuhiro Harada Di VS Studio Milik SNK
Share on FacebookShare on Twitter

Bekas pengarah game dan produser utama di sebalik Tekken 8, Kohei Ikeda (lebih dikenali sebagai “Nakatsu” dalam kalangan komuniti fighting game) secara rasmi menyertai VS Studio.

Menerusi langkah ini, Ikeda kembali bekerjasama dengan mentor lamanya merangkap bekas ketua siri Tekken, Katsuhiro Harada.

Pengumuman tersebut dikongsikan oleh Ikeda di media sosial X, kira-kira dua bulan selepas beliau meninggalkan Bandai Namco Studios pada Jun lalu setelah berkhidmat selama 20 tahun.

【A Quick Update】
I’ve joined VS STUDIO as the next step in my journey.

Working on games again with two of my former bosses feels nostalgic in many ways, while at the same time, the excitement of creating something completely new makes every day incredibly fulfilling.

I’m… pic.twitter.com/f2lwFi0dkL

— Kohei Ikeda(Nakatsu) (@nkt_dreamer) August 18, 2026

Beliau mula menyertai Bandai Namco pada tahun 2007 sebagai game designer untuk Soulcalibur IV (2008). Tidak lama selepas itu, Ikeda menjadi antara tonggak utama francais Tekken, di mana beliau bertanggungjawab mereka bentuk “battle mechanic” bagi Tekken Tag Tournament 2, sebelum memegang peranan sebagai game director untuk Tekken 7 dan Tekken 8. Bersama Harada dan produser Michael Murray, beliau telah membawa siri Tekken ke era paling gemilang dalam sejarah esports dan fighting game moden.

I have launched VS Studio.
Built on the knowledge and passion we have cultivated over many years on the front lines of game development, we are now beginning a new challenge.

VS Studio を立ち上げました。… https://t.co/kvUhnTmfTx

— Katsuhiro Harada (@Harada_TEKKEN) May 12, 2026

VS Studio pula merupakan studio pembangunan game yang berpangkalan di Tokyo, ditubuhkan pada Mei 2026 oleh Katsuhiro Harada selaku Ketua Pegawai Eksekutif. Studio ini dibentuk dengan sokongan penuh daripada SNK; pembangun di sebalik francais fighting game ikonik seperti The King of Fighters, Fatal Fury, dan Samurai Shodown.

Walaupun VS Studio masih belum mendedahkan projek yang sedang dibangunkan, studio tersebut sedang aktif merekrut bakat baharu bagi sebuah judul yang belum diumumkan. Dengan gandingan Harada dan Ikeda di bawah naungan SNK, ramai peminat dalam komuniti menjangkakan bahawa sebuah projek fighting game berskala besar sedang dalam pembikinan.

Tags: Kohei IkedaVS Studio
ShareTweetSend
Previous Post

Pelakon ‘Heroes’ & ‘Kingdom Hearts’ Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun

Next Post

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Nak Cakera Fizikal Punya Pasal, CyberLeek Ugut Lepaskan Game Penuh GTA VI
Berita

Nak Cakera Fizikal Punya Pasal, CyberLeek Ugut Lepaskan Game Penuh GTA VI

October 13, 2026
Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

Next Post
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd