Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PlayStation Pulse Elevate Wireless Speaker Bakal Tiba Pada 12 November Pada Harga RM1,099

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 19, 2026
in Artikel, Audio, Berita, PC, PS5, Teknologi
0 0
0
PlayStation Pulse Elevate Wireless Speaker Bakal Tiba Pada 12 November Pada Harga RM1,099
Share on FacebookShare on Twitter

Buat para gamer Malaysia, PlayStation Pulse Elevate Wireless Speaker akan dilancarkan di pasaran tempatan pada 12 November 2026, dengan harga RM1,099. Tempahan akan dibuka pada 2 September 2026 melalui kedai sah PlayStation. Pembeli boleh memilih antara dua pilihan warna: Midnight Black dan White.

Di dalam dalah teknologi “planar magnetic driver” yang menghasilkan bunyi yang realistik dengan “distortion” yang sangat rendah di seluruh spektrum pendengaran, membolehkan kita mendengar audio game tepat seperti yang diinginkan oleh pihak pembangun.

Woofer dalaman pula membawakan bunyi bass yang mendalam tanpa memerlukan kotak subwoofer berasingan yang memakan ruang di bawah meja. Apabila disambungkan kepada PS5, speaker ini berfungsi terus dengan enjin audio spatial 3D Sony untuk memposisikan arah bunyi dalam game (seperti tapak kaki atau suasana persekitaran) dengan tepat di sekitar ruang anda.

Jika lebih gemar bermain game tanpa rasa rimas memakai headset selama berjam-jam, Pulse Elevate mempunyai mikrofon dalaman pada unit speaker sebelah kanan.

Bagi mengelakkan bunyi bising di atas meja, ketukan papan kekunci mekanikal, dan gema bilik daripada mengganggu sesi sembang, mikrofon ini dilengkapi teknologi “AI-enhanced noise rejection”. Sistem ini menapis bunyi di latar belakang secara real-time, memastikan komunikasi suara kekal jelas dan lancar.

Speaker ini boleh disambungkan menggunakan teknologi wayarles PlayStation Link melalui adapter USB-C yang disertakan. Teknologi ini menawarkan ultra-low latency serta audio lossless tanpa mampatan di platform yang disokong, termasuk PS5, PC, Mac, dan PlayStation Portal.

Selain itu, Pulse Elevate turut menyokong sambungan dua peranti secara serentak:

  • Anda boleh menyambungkannya ke PS5 atau PC melalui PlayStation Link untuk menikmati audio game tanpa sebarang lag.
  • Pada masa yang sama, anda boleh memadankannya dengan telefon pintar melalui Bluetooth untuk menjawab panggilan, mendengar muzik, atau menyertai perbualan Discord tanpa mengganggu sesi gaming.

PlayStation Pulse Elevate Wireless Speaker direka agar mudah disesuaikan dengan pelbagai ruang susun atur meja. Ia boleh diletakkan sama ada secara mendatar atau menegak supaya muat dengan kemas di bawah monitor atau di ruangan meja yang kecil.

Setiap unit speaker pun mempunyai bateri boleh dicas semula di dalam dan didatangkan dengan dok pengecasan khas untuk meja. Apabila mahu bermain di sudut lain dalam rumah atau membawanya keluar, anda hanya perlu mengangkat speaker ini dari dok dan memadankannya terus dengan PlayStation Portal atau peranti mobile.

Butang fizikal untuk melaraskan kelantangan bunyi juga disediakan terus pada speaker. Pada PS5 (dan bakal hadir ke PC selepas pelancaran), anda boleh melaraskan profil EQ, sidetone monitoring, kelantangan, serta tetapan mikrofon (mute) dari menu pantas.

Tags: Pulse Elevate Wireless Speaker
ShareTweetSend
Previous Post

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

Next Post

[Khabar Angin] Spider-Man Tobey Maguire, Wolverine & Deadpool Akan Muncul Dalam Avengers: Doomsday

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
[Khabar Angin] Spider-Man Tobey Maguire, Wolverine & Deadpool Akan Muncul Dalam Avengers: Doomsday

[Khabar Angin] Spider-Man Tobey Maguire, Wolverine & Deadpool Akan Muncul Dalam Avengers: Doomsday

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd