2K dan pembangun Gearbox Software telah secara rasmi mengumumkan bahawa Borderlands 4 akan dilancarkan pada 23 September 2025 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam serta Epic Games Store.
Berlatarbelakangkan planet baru bernama Kairos, Borderlands 4 mengajak pemain untuk menjadi salah satu daripada empat Vault Hunters baru.
Ceritanya berpusat pada perjuangan menentang seorang diktator kejam yang dikenali sebagai the Timekeeper bersama tentera sintetiknya, the Order, sambil meneroka dan memburu harta alien rahsia yang terselindung dalam dunia yang penuh bahaya dan tidak dapat diramalkan.

Trailer terbaru Borderlands 4 menjanjikan tahap huru-hara dan keterujaan yang belum pernah dilihat sebelum ini. Dengan aksi yang “intense”, musuh-musuh luar biasa, dan loot yang memukau mata di setiap sudut, game ini diharap akan menyajikan pengalaman looter shooter yang paling bercita-cita setakat ini.
Gearbox Software telah mengembangkan lagi kemampuan pergerakan dalam game ini, membolehkan pemain untuk meluncur, mengelak, double jump, dan banyak lagi.

Dikatakan sebagai “seamless” oleh para pembangun, dunia dalam Borderlands 4 membolehkan pemain meneroka pelbagai lokasi tanpa terganggu oleh skrin loading, menjadikan pengalaman bermain lebih terbuka dan lancar berbanding siri lama.
Tambahan pula, kehadiran kenderaan baru dan alat untuk meneroka seperti grappling hook menambah dimensi dalam aspek penerokaan gameplay.

Borderlands 4 juga menyokong mod solo dan mod co-op bersama sehingga tiga pemain, memastikan aksi tanpa henti, sama ada anda bermain seorang diri atau bersama rakan-rakan.
Bagi peminat yang tidak sabar untuk melihat lebih banyak, satu pendedahan gameplay penuh akan dipersembahkan dalam sesi State of Play bertemakan Borderlands 4 yang dijadualkan tayang pada musim bunga nanti.

Dengan lebih daripada 87 juta salinan terjual dan pujian bagi watak-watak yang tidak dapat dilupakan, world-building yang mendalam, dan senjata-senjata unik yang tidak terhitung, Borderlands 4 dijangka menjadi judul yang mesti dimainkan oleh peminat setia dan pemain baharu pada 2025. Bersiap sedia untuk memasuki babak baru dalam dunia Borderlands yang penuh kegilaan!
@gamersantaimy
Discussion about this post