Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Borderlands 3: Bounty of Blood DLC keluar hari ini! Ganjaran baru menanti anda!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 26, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Epic Store, Game Baru, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Borderlands 3: Bounty of Blood DLC keluar hari ini! Ganjaran baru menanti anda!
Share on FacebookShare on Twitter

Kempen tambahan terbaru Borderlands 3: Bounty of Blood kini tersedia untuk dimuat turun oleh semua peminat! Bounty of Blood adalah yang ketiga daripada empat kempen tambahan yang disertakan untuk Borderlands 3 Super Deluxe Edition dan Season Pass. Ia juga tersedia untuk pembelian secara berasingan, tetapi anda perlu memiliki permainan video utama untuk bermain kandungan tambahan. Mari kita lihat launch trailer Bounty of Blood di bawah:

Sinopsis

Sheriff untuk bandar Vestige di Gehenna telah mengisukan bounty untuk geng Devil Riders, dan inilah masanya untuk anda beraksi. Penduduk bandar akan melakukan apa sahaja untuk membantu, tetapi ia jatuh kepada anda untuk bertarung dengan Devil Riders. Tewaskan mereka supaya bandar boleh kembali aman.

Fitur-fitur menarik di Bounty of Blood:

  • Rentasi Gehenna di atas kenderaan bersenjata berat baru, Jetbeast;
  • Manfaatkan empat objek interaktif baru yang menambah kerumitan dan pelbagai dalam pertarungan;
  • Alami jalan cerita baru dan misi-misi sampingan;
  • Bantu membina semula bandar Vestige, di mana setiap kejayaan anda memberi kesan yang nyata;
  • Cuba pelbagai Crew Challenge baru, seperti mencari harta karun atau membunuh raksasa dan penjahat;
  • Kumpulkan loot dan kosmetik Legendary baru

Untuk pergi ke Gehenna dengan Vault Hunter sedia ada, anda memerlukan akses ke Sanctuary III, kapal angkasa yang dibuka selepas menyelesaikan Episode 5 di kempen jalan cerita utama. Apabila anda sudah bersedia untuk pergi ke Gehenna, cari poster ‘WANTED‘ di atas meja di hadapan stesen Quick Change Sanctuary III.

Sebagai alternatif, anda boleh mencipta Vault Hunter baru, dan terus pergi ke Gehenna. Setelah add-on kempen dimuat turun, pilih “Play” di menu utama, lalu tekan “New Game.” Anda kemudian dapat memilih jalan cerita mana yang ingin dilalui.

Tidak kira sama ada anda memiliki Bounty of Blood atau tidak, patch hari ini memberikan peningkatan level cap percuma, yang bermaksud Vault Hunter anda dapat membuka tiga level dan skill point tambahan hingga ke level maksimum baru iaitu 60.

Patch itu juga merangkumi pembaikan pada sistem leveling Mayhem Mode 2.0 dan Takedown at the Guardian Breach. Pembaikan ini terdiri daripada skill Guardian Rank, mod kelas baru, skala damage tambahan untuk skill, dan lain-lain.

Untuk segala maklumat kami tentang Borderlands 3, sila klik di sini.

Tags: Borderlands 3Bounty of BloodDLCUpdate
Previous Post

Nafas baru diberikan pada Acer Notebook Predator Helios dan Predator Triton!

Next Post

Ala-ala “Cowboy” dalam DLC terbaru Borderlands 3: Bounty of Blood, jom saksikan Review kami bersama Bos baru untuk dibunuh!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Ala-ala “Cowboy” dalam DLC terbaru Borderlands 3: Bounty of Blood, jom saksikan Review kami bersama Bos baru untuk dibunuh!

Ala-ala "Cowboy" dalam DLC terbaru Borderlands 3: Bounty of Blood, jom saksikan Review kami bersama Bos baru untuk dibunuh!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd