Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 6, 2025
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, PC, Steam
0 0
0
Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!
Share on FacebookShare on Twitter

Tiga game popular kini boleh dimuat turun secara percuma di Steam dan Epic Games Store, dengan jumlah jimat mencecah RM267.98.

Borderlands 2 tersedia secara percuma di Steam sehingga 9 Jun 2025, jam 1:00 pagi, manakala DEATHLOOP dan Ogu and the Secret Forest boleh ditebus di Epic Games Store sehingga 12 Jun 2025, jam 11:00 malam. Setelah ditebus, ketiga-tiga game ini akan kekal dalam koleksi anda selamanya.

Borderlands 2

Borderlands 2 ialah gabungan action RPG dan FPS yang dibangunkan oleh Gearbox Software. Berlatar di planet Pandora yang huru-hara, anda boleh pilih antara empat watak Vault Hunter untuk berlawan dengan makhluk pelik, psycho gila, dan penjahat utama, Handsome Jack, dalam misi penuh aksi dan humor.

Game ini terkenal dengan senjata rawak yang tidak terkira, mod co-op untuk 4 pemain, dan gaya seni cel-shaded yang unik. Dianggap antara game terbaik dalam siri Borderlands, sistem tembakannya yang taktikal dan loot yang memuaskan menjadikannya sangat berbaloi untuk dimainkan semula.

Harga asalnya ialah RM38.00.

DEATHLOOP

DEATHLOOP merupakan FPS bergaya dari Arkane Lyon, studio di sebalik siri Dishonored. Anda bermain sebagai Colt, yang terperangkap dalam gelung masa di pulau Blackreef. Untuk melarikan diri, Colt perlu menghapuskan lapan sasaran dalam sehari, sambil mengelak diburu oleh Julianna—musuh yang boleh dikawal AI atau pemain lain.

Dengan gabungan elemen roguelike, combat kreatif, dan suasana retro-futuristik era 60-an, game ini menonjol kerana mekanik dan gameplay yang sangat unik. Harga asal: RM179.99.

Ogu and the Secret Forest

Dibuat oleh Moonlab dan Sinkhole Studio, Ogu and the Secret Forest ialah game pengembaraan 2D yang comel, diinspirasikan oleh siri klasik Zelda. Anda akan mengawal Baby Ogu menjelajah hutan ajaib, menyelesaikan teka-teki, mengumpul topi dan topeng dengan kuasa khas, dan berjumpa dengan pelbagai watak aneh.

Dengan gaya lukisan tangan yang cantik dan suasana yang damai, game ini sesuai untuk peminat eksplorasi dan teka-teki ringan. Harga biasa ialah RM49.99.


Dengan menuntut ketiga-tiga game ini, anda boleh jimat sebanyak RM267.98 (Borderlands 2: RM38.00 + DEATHLOOP: RM179.99 + Ogu: RM49.99). Tawaran ini hanya untuk masa terhad—jangan lepaskan peluang untuk tambah game menarik ke koleksi anda secara percuma.

Tags: Borderlands 2DEATHLOOPOgu and the Secret ForestPercuma
ShareTweetSend
Previous Post

Zenless Zone Zero: Siapa Yang Patut Anda Pull Untuk Update 2.0?

Next Post

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd