Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Akibat Boikot, Pasangan Werewolf Valko Dibatalkan Daripada Love and Deepspace

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 1, 2026
in Android, Artikel, Berita, Dating, iOS, Mobile, PC
0 0
0
Akibat Boikot, Pasangan Werewolf Valko Dibatalkan Daripada Love and Deepspace
Share on FacebookShare on Twitter

Infold Games telah mengumumkan pembatalan watak Valko, love interest keenam dalam game otome 3D popular, Love and Deepspace.

Menerusi kenyataan rasmi di media sosial, mereka turut menegaskan bahawa “tiada lagi watak love interest tambahan akan diperkenalkan dalam perancangan kandungan pada masa hadapan.”

Valko (seorang werewolf berusia 26 tahun yang juga merupakan eksekutif korporat berprofil tinggi pada siang hari) sepatutnya membuat kemunculan pada 9 Julai 2026 sebagai tarikan utama bagi update Version 6.0. Bagaimanapun, pendedahan watak tersebut pada 22 Jun lalu telah menimbulkan bantahan dalam kalangan playerbase.

Mengapa Valko Dibatalkan

Ada pelbagai isu sebenarnya, tetapi sebab utama adalah ramai pemain mendakwa Infold terlalu terburu-buru memperkenalkan watak baharu demi mengaut keuntungan sambil mengabaikan lima watak sedia ada. Peminat turut membangkitkan isu jalan cerita utama bagi beberapa watak lelaki lain yang sudah lama tidak menerima sebarang kemas kini. Mereka menegaskan bahawa pembangun sepatutnya fokus menyelesaikan naratif sedia ada terlebih dahulu sebelum cuba “menjual” watak pasangan baharu kepada pemain.

Maklum Balas Infold

Dalam permohonan maaf mereka, Infold mengaku kesilapan ini. “Setelah meneliti semula perkembangan baru-baru ini, kami sedar kami terlalu terburu-buru memperkenalkan Valko sebelum benar-benar bersedia,” tulis studio berkenaan. “Tindakan ini telah mengecewakan para pemain yang menyokong kami sejak awal, dan kami juga gagal memberikan pengalaman terbaik yang sewajarnya dinikmati oleh mereka yang menantikan kehadiran Valko.”

A Letter to All Players

Dear Miss Hunters,

We sincerely apologize for reaching out once again. Over the past several days, our team has been closely following your conversations and feedback across all platforms. For the issues that have surfaced since the announcement of… pic.twitter.com/PsjNbKyTsB

— Love and Deepspace (@Love_Deepspace) June 30, 2026

Pihak pembangun mengesahkan kandungan lain dalam Version 6.0 (termasuk naik taraf Home 2.0 dan AR Photobooth) tetap akan dilancarkan pada 9 Julai seperti yang dijadualkan. Manakala ganjaran serta pakaian yang asalnya direka untuk acara bertemakan Valko, “Hunt in Linkon”, akan diberikan kepada semua pemain secara percuma menerusi in-game mail, berserta barangan Deepspace Wishes percuma.

Love and Deepspace | Event Preview
🌇The 5-Star Rate UP Pool [Edge of Continuum] Limited-Time Rerun is coming soon.

💫Event Duration: From 05:00 on Jul. 2 to maintenance on Jul. 9 (UTC+8)

🌇The 5-Star Rate UP Pool [Edge of Continuum] Limited-Time Rerun Event
1. During the… pic.twitter.com/xCB5tm2oro

— Love and Deepspace (@Love_Deepspace) June 30, 2026

Selepas ini, pihak studio berjanji akan memberikan tumpuan sepenuhnya untuk memperkembangkan jalan cerita, pengalaman interaksi, serta plot utama bagi lima watak sedia ada: Xavier, Zayne, Rafayel, Sylus, dan Caleb.

Tags: Love and DeepspaceValko
ShareTweetSend
Previous Post

Bintang J-Pop Toshiya Miyata Dilantik Sebagai Penyokong Rasmi Tokyo Game Show 2026

Next Post

BoBoiBoy Movie 3 Dijadual Tayang Pada Pertengahan 2027

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Bagaimana Tekken 8 Mengadaptasi Gameplay ‘Speed, Weight, Power’ Untuk Bob – Fighter Terbaru Dalam Season 3
Temuramah

Bagaimana Tekken 8 Mengadaptasi Gameplay ‘Speed, Weight, Power’ Untuk Bob – Fighter Terbaru Dalam Season 3

August 19, 2026
Previu Bob Dalam TEKKEN 8 (Season 3) – Fighter Baru Badan Heavyweight, Tapi Pergerakan Lightweight
Preview

Previu Bob Dalam TEKKEN 8 (Season 3) – Fighter Baru Badan Heavyweight, Tapi Pergerakan Lightweight

August 19, 2026
[BIC2026] Selepas Fasa Bersama Sony, Misi Shuhei Yoshida Tertumpu Pada Memartabatkan Game Indie Global
Temuramah

[BIC2026] Selepas Fasa Bersama Sony, Misi Shuhei Yoshida Tertumpu Pada Memartabatkan Game Indie Global

August 19, 2026
Next Post
BoBoiBoy Movie 3 Dijadual Tayang Pada Pertengahan 2027

BoBoiBoy Movie 3 Dijadual Tayang Pada Pertengahan 2027

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru
Manga

Pencipta My Hero Academia Kembali Berkarya Dengan Manga One-Shot Horror Baru

August 10, 2026
Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000
Fakta & Trivia

Digimon Catat Keuntungan Tertinggi Dalam Sejarah, Atasi Rekod Zaman Kegemilangan Tahun 2000

August 10, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd