Penantian para peminat di Malaysia untuk Blue Protocol: Star Resonance versi Inggeris hampir berakhir. Kini, pra-pendaftaran untuk server rasmi Asia Tenggara telah dibuka, menandakan bahawa MMORPG gaya anime ini bakal dilancarkan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris untuk platform PC dan peranti mobile.
Pemain yang berminat boleh mendaftar untuk versi Inggeris ini melalui laman web rasmi SEA bagi kedua-dua platform PC dan mobile. Walaupun versi PC di platform Steam masih mempunyai sekatan wilayah, langkah pra-pendaftaran ini memberi petunjuk kepada pilihan muat turun terus dari penerbitnya, Haoplay.
Pendaftaran untuk pengguna iOS juga dijangka akan menyusul tidak lama lagi.

Bagi mereka yang tidak sabar untuk mencuba dunia Regnus, terdapat satu lagi pilihan di mana satu versi lain game ini sebenarnya sudah boleh dimuat turun melalui Google Play Store di Malaysia.
Namun, perlu diingat bahawa versi ini menggunakan lakonan suara bahasa Jepun berserta teks dan sari kata dalam Bahasa Cina, bukan Bahasa Inggeris.

Pihak pembangun, Shanghai Bokura Network Technology, turut merancang sesi Ujian Beta Tertutup (CBT) bagi rantau Asia Tenggara yang akan berlangsung dari 6 hingga 20 November 2025.
Akan tetapi, berita kurang baiknya adalah ujian ini tidak akan dibuka untuk penyertaan pemain dari Malaysia, memaksa pemain tempatan untuk terus bersabar sehingga pelancaran rasminya.
Sebagai makluman, Blue Protocol: Star Resonance merupakan versi baharu dan dijenamakan semula daripada game Blue Protocol yang asal oleh anak syarikat Tencent.
MMORPG cross-platform ini sangat dikenali kerana kualiti visual animenya yang hebat, sistem combat yang dinamik, serta kebebasan menukar peranan watak antara tank, healer, dan DPS pada bila-bila masa.

Oleh itu, pemain Malaysia yang ingin mendapatkan berita terkini dinasihatkan untuk terus melayari laman web rasmi Blue Protocol: Star Resonance serta mengikuti saluran media sosialnya untuk sebarang pengumuman lanjut.









Discussion about this post