Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[BlizzConline 2021] Segala info baru yang kamu harus tahu tentang Overwatch 2!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 21, 2021
in Acara, Artikel, Battle Royale, Battle.net, Berita, Nintendo Switch, Pameran/Expo, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
[BlizzConline 2021] Segala info baru yang kamu harus tahu tentang Overwatch 2!
Share on FacebookShare on Twitter

Pelbagai maklumat tentang Overwatch 2 telah didedahkan selepas acara BlizzCon semalam melalui video, wawancara, dan lain-lain. Berikut adalah rumusan lengkap tentang semua info baru yang diberitahu:

Competitive Play

An animated gif of Reinhardt using Fire Strike twice in rapid succession.

Overwatch 2 akan berkongsi pengalaman PvP dengan game Overwatch pertama, jadi peminat dapat mengharapkan pengalaman Competitive Play yang lebih kurang sama. Namun, ia didedahkan bahawa Overwatch 2 sebenarnya akan membuat satu perubahan besar untuk bahagian Competitive. Ternyata, Overwatch 2 tidak akan mempunyai peta Assault di Competitive Play. Ini bermaksud kita tidak boleh lagi bermain di peta seperti Hanamura atau Temple of Anubis.

Hero Mission

Salah satu penambahan besar pada Overwatch 2 adalah kandungan PvE kekal. Walaupun akan ada mod jalan cerita penuh, game ini juga mempunyai Hero Mission, yang merupakan pengalaman kecil yang dapat pemain selesaikan untuk meningkatkan level watak. Overwatch 2 akan mempunyai beratus-ratus Hero Mission, bagi memastikan peminat sentiasa sibuk. Selain itu, beberapa Hero Mission akan berlaku di peta sedia ada, yang ditambah dengan fitur cuaca dinamik. Sebagai contoh, anda dapat melihat ribut pasir di peta Temple of Anubis atau badai salju di peta Hanamura.

Elite grunts will crawl back after you.

New enemy units are coming to Overwatch 2. pic.twitter.com/U150VxZDOt

— Overwatch (@PlayOverwatch) February 19, 2021

Semasa mencuba Hero Mission, pemain harus melawan pelbagai musuh Omnic berbeza. Ini termasuk Elite Grunt, The Puller, dan The Breacher. Setiap musuh mempunyai abiliti tersendiri untuk menyerang pemain, jadi pemain pun harus mempelajari pelbagai strategi baru jika ingin mengalahkan mereka.

Penampilan baru untuk watak lama

Blizzard mendedahkan beberapa imej baru untuk watak McCree, Pharah, Reaper, dan Widowmaker. Keempat-empat watak ini mendapat sedikit pembaharuan pada penampilan mereka, dan disambut dengan positif oleh peminat. Namun, ada beberapa kontroversi mengenai penampilan baru McCree di Overwatch 2.

Peta baru

Ketika Overwatch 2 dilancarkan, peminat dapat mencuba peta baru berdasarkan New York dan Rom.

Welcome to New York, a new map coming to Overwatch 2. pic.twitter.com/doJtmDZptV

— Overwatch (@PlayOverwatch) February 19, 2021

“It’s one of the most beautiful pieces of environment art that I think we have made for the entire game and it absolutely took my breath away.”

Welcome to Rome, a new map coming to Overwatch 2. pic.twitter.com/M3FJr03RM3

— Overwatch (@PlayOverwatch) February 19, 2021

Kemungkinan rework untuk Reinhardt

Ada kemungkinan bahawa Reinhardt akan menerima rework di mana dia dapat menghentikan “charge” pada pertengahan jalan, dan juga melemparkan dua Fire Strike secara berturut-turut. Ini akan menjadikan Reinhardt jauh lebih agresif daripada versi lama.


Mudah-mudahan lebih banyak berita tentang Overwatch 2 diumumkan dalam masa terdekat supaya hati peminat dapat lega sementara menunggu tarikh pelancaran. Overwatch 2 sedang dikembangkan untuk PC, PS4, Switch, dan Xbox One. Untuk segala liputan kami tentang BlizzConline 2021, sila tekan pautan ini.

Muat turun disini!!
Overwatch
Nintendo Switch, Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Overwatch ialah sebuah team-based multiplayer first-person shooter yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Blizzard Entertainment. Digambarkan sebagai "hero shooter," Overwatch membahagikan pemain kepada dua pasukan, dengan lebih daripada 30 watak untuk dipilih.
Tags: blizzconCompetitive PlayHero MissionOverwatch 2
Previous Post

[BlizzConline 2021] Info lanjut tentang open world PvP, acara besar & lain-lain dalam Diablo 4!

Next Post

[BlizzConline 2021] “Masih banyak kandungan permainan akhir yang belum ditunjukkan” Temuramah Eksklusif Diablo Immortal!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Garena Kerjasama Dengan Pocketpair, Bawa ‘Palworld Online’ Ke Mobile Pada 2026
Mobile

Garena Kerjasama Dengan Pocketpair, Bawa ‘Palworld Online’ Ke Mobile Pada 2026

August 3, 2026
Previu Sonic Racing: CrossWorlds (DLC Teenage Mutant Ninja Turtles) – Teroka New York Bersama Adik-Beradik Kura-Kura
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds (DLC Teenage Mutant Ninja Turtles) – Teroka New York Bersama Adik-Beradik Kura-Kura

August 3, 2026
Simpan Gem! NIKKE Sahkan Kolaborasi Gergasi Bersama Persona 3, 4, & 5
Berita

Simpan Gem! NIKKE Sahkan Kolaborasi Gergasi Bersama Persona 3, 4, & 5

August 2, 2026
Next Post
[BlizzConline 2021] “Masih banyak kandungan permainan akhir yang belum ditunjukkan” Temuramah Eksklusif Diablo Immortal!

[BlizzConline 2021] "Masih banyak kandungan permainan akhir yang belum ditunjukkan" Temuramah Eksklusif Diablo Immortal!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd