Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

BlizzCon 2023 akan berlangsung pada 3-4 November di California

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 18, 2023
in Acara, Artikel, Berita, Industri, Pameran/Expo
0 0
0
BlizzCon 2023 akan berlangsung pada 3-4 November di California
Share on FacebookShare on Twitter

Kali terakhir dibuat pada 2019, BlizzCon akhirnya akan mengadakan konvensyen fizikal untuk acara tahunan 2023. Disahkan sendiri oleh Blizzard Entertainment, para peminat dan pengunjung boleh menghadiri BlizzCon 2023 pada bulan November nanti di California.

#BlizzCon comes to Anaheim November 3-4, 2023

Details: https://t.co/IqzdybQCRy pic.twitter.com/WEwwRshytL

— Blizzard Entertainment (@Blizzard_Ent) May 17, 2023

Blizzard mengumumkan berita ini melalui blogpost baharu. Secara khusus lagi, BlizzCon 2023 akan diadakan pada hari Jumaat, 3 November hingga Sabtu, 4 November (PT), di Anaheim Convention Center di California. Pembentangan keynote dan beberapa panel boleh ditonton secara percuma di halaman Twitch dan YouTube milik Blizzard, manakala maklumat tiket akan didedahkan pada kemudian hari.

Kredit: Blizzard

Blizzard Entertainment berkata:

“Pemain kami berada di pusat yang membuatkan BlizzCon hebat — tempat di mana game adalah pusat sama untuk hubungan dan persahabatan.”

“Sama ada anda datang untuk melepak dengan rakan-rakan yang hanya dapat dilihat dalam talian, meraikan detik-detik epik dalam gameyang kami gemari, meneroka perkara yang ditawarkan di dewan pusat konvensyen atau tidak sabar-sabar untuk mengetahui perkara seterusnya dalam alam semesta kita, BlizzCon diciptakan untukmu.”

“Ia adalah Komuniti yang sentiasa menjadikan acara ini begitu istimewa, dan kami tidak sabar untuk berjumpa anda semua lagi.”

Kredit: Blizzard

Jadi apa yang peminat boleh jangkakan daripada BlizzCon 2023? Berikutan pembatalan mode PvE dalam Overwatch 2, kemungkinan besar sekurang-kurangnya satu atau dua Hero baharu akan didedahkan semasa konvensyen. Untuk World of Warcraft, francais itu akan meraikan ulang tahun ke-20 pada tahun 2024, jadi mereka pun pasti ada banyak rancangan besar.

Buat masa ini, itu sahaja yang peminat boleh jangkakan. Memandangkan BlizzCon 2023 akan berlangsung pada hujung tahun ini, lebih banyak info akan diumumkan pada bulan-bulan akan datang termasuk maklumat tiket, cosplay, pertandingan dan banyak lagi.

Kredit: Blizzard

BlizzCon 2023 akan diadakan pada hari Jumaat, 3 November hingga Sabtu, 4 November (PT), di Anaheim Convention Center di California. Baca segala berita kami tentang BlizzCon di SINI.

Tags: Blizzard EntertainmentBlizzCon 2023pameran
ShareTweetSend
Previous Post

Grand Theft Auto 6 Mungkin Dilancar Seawal 2024 Menurut Petunjuk!

Next Post

Atomic Heart Hadirkan Demo Percuma & Promosi Bermula 16 Mei – 23 Mei!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Atomic Heart Hadirkan Demo Percuma & Promosi Bermula 16 Mei – 23 Mei!

Atomic Heart Hadirkan Demo Percuma & Promosi Bermula 16 Mei - 23 Mei!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd