Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Bersemangat Lihat FGC Asia Tenggara” – Interview Guilty Gear Strive Bersama Ken Miyauchi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 5, 2023
in Artikel, Berita, Fighting, Temuramah
0 0
0
“Bersemangat Lihat FGC Asia Tenggara” – Interview Guilty Gear Strive Bersama Ken Miyauchi
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai entri terbaru dalam siri, memang tidak dapat diragukan Guilty Gear -Strive- merupakan game Guilty Gear yang terbesar dalam francais dan salah satu fighting game terbesar pada generasi ini secara keseluruhan, setelah mengumpulkan lebih daripada 2.5 juta pemain. Di EVO 2023, Arc System Works mengumumkan Guilty Gear -Strive- Season 3, yang merangkumi mekanik baharu, gerakan baharu dan watak baharu, Johnny.

Di sini, kami sempat bertemu ramah Ken Miyauchi selaku Produser Guilty Guilty Gear -Strive- untuk mendapat tahu respon komuniti tentang Season 3 dan pendapatnya tentang komuniti Asia Tenggara secara keseluruhan.

Ken Miyauchi, Produser Guilty Guilty Gear -Strive-

Berikut adalah kandungan temu ramah:

Semua orang bimbang tentang Season 3, lagi-lagi tentang isu “Hackerman”. Adakah terdapat sebarang info lanjut tentang masalah itu?

We are releasing another network security patch tonight. Hopefully this resolves certain cases confirmed after the previous security patch. https://t.co/8fOaXj4oXW

— Ken Miyauchi / 宮内 健 (@KenM_ASW) November 6, 2023

Ken Miyauchi: Seperti yang diketahui, Hackerman telah menyasarkan terutamanya streamer Twitch yang berbahasa Inggeris dan streamer besar tertentu. Kami telah mengeluarkan security patch pada 25 September yang mempunyai beberapa kesan kepada tujuan Hackerman. Selepas patch, kami telah mengenal pasti beberapa jenis punca berbeza, yang telah kami tangani dalam security patch baru-baru ini pada 7 November.  Kami berharap isu ini akan berakhir selepas patch ini.

Bagaimana keadaan pihak pembangun selepas melihat reaksi semua orang terhadap kepulangan Johnny untuk Season 3?

Kredit: Arc System Works

Ken Miyauchi: Kami melihat banyak reaksi hebat daripada pemain. Ia juga menggembirakan kami untuk melihat beberapa orang kembali untuk bermain game ini kerana Johnny adalah salah satu watak yang dikehendaki.

Pemain-pemain Sin pasti berasa gembira dengan patch S3, di mana ramai yang kata watak itu adalah salah satu watak terbaik dalam game sekarang. Adakah kedudukan tierlist salah satu faktor yang anda perhatikan semasa mengubah suai kit-nya?

Kredit: Arc System Works

Ken Miyauchi: Kita kadang-kadang melihat tierlist begitu dibuat dalam komuniti, tetapi jelas ia bukan satu-satunya faktor yang membuat keputusan. Kami juga melihat pelbagai statistik dan yang lebih penting ialah ulang tayang kepada gameplay sebenar bagi tahap pemain yang berbeza. Mendengar mana-mana pemain gembira membuat kami berasa lega tentang update ini.

Setelah hampir menjadi maskot GGST, Bridget boleh dilihat merata seperti di merchandise hingga ke seni kolaborasi. Adakah ini memang rancangan daripada awal atau reaksi selepas melihat kedudukannya dalam undian populariti?

Kredit: Arc System Works

Ken Miyauchi: Kami mengenal popularitinya berdasarkan undian kerana saya juga bercakap mengenainya dalam Developer’s Backyard #15 baru-baru ini, tetapi merchandise dan seni kolaborasi bukan rancangan kami. Sebenarnya banyak daripada itu adalah hasil permintaan pelesenan [bersama syarikat entiti berlainan].

Walaupun bertahun-tahun selepas pelancaran, Guilty Gear Strive masih mempunyai sokongan yang sangat kuat di EVO tahun ini. Adakah anda mempunyai sebarang komen sebagai produser permainan?

✨━━━━━━━━━━━━━━✨
Guilty Gear -Strive- Over 2.5 Million Players Worldwide!
✨━━━━━━━━━━━━━━✨
Thank you so much for your support! Join in on the fun during Guilty Gear's 25th Anniversary!💪#GuiltyGearStrive pic.twitter.com/QEnkEj9slN

— GUILTY GEAR OFFICIAL (@GUILTYGEAR_PR) August 4, 2023

Ken Miyauchi: Kami amat menghargai semua orang yang menyokong komuniti. Walaupun ia bukan satu-satunya penunjuk untuk menilai prestasi global kami, kehadiran mereka di hari terakhir EVO mendorong pasukan pembangunan untuk menyediakan pengumuman yang mengejutkan dan menarik.

Strive semasa hari pelancaran dan Strive Season 3 berasa seperti game yang sama sekali berbeza, terutamanya dengan damage yang semakin berkurangan dan pelaksanaan Wild Assault. Bilakah anda mula membuat keputusan untuk bertukar ke arah baharu ini?

Kredit: Arc System Works

Ken Miyauchi: Pelan pembangunan untuk Season 3 telah ditetapkan selepas permulaan Season 2. Tetapi sejak game dikeluarkan, kedua-dua Pengarah Akira Katano dan saya berkongsi visi yang sama bahawa kami memerlukan sesuatu yang baru untuk game pada satu ketika untuk meneruskan update permainan lebih lama berbanding judul kita yang lalu. Kami mahu game ini berkembang bersama pemain, jadi beberapa idea mencerminkan maklum balas pengguna.

Rantau Asia Tenggara mempunyai komuniti Guilty Gear Strive yang sangat kuat, di mana kejohanan online dan offline yang konsisten telah menarik jumlah pemain yang agak banyak. Adakah anda ingin kata apa-apa kepada komuniti?

Kredit: Arc System Works

Ken Miyauchi: Tidak cukup saya berterima kasih. Guilty Gear telah berkembang bersama komuniti, dan kami amat berterima kasih kepada banyak sokongan pemain online dan offline yang dikendalikan oleh peminat yang bersemangat dan pemain lama di Asia Tenggara. Saya tidak sabar-sabar untuk mendengar lebih banyak komen dalam update masa depan dan melihat komuniti Asia Tenggara secara langsung pada satu ketika tahun depan.

Dengan kehadiran Arc System Works di gamescom asia tahun ini, bolehkah kita menjangkakan untuk melihat lebih banyak perkara menarik akan datang ke rantau Asia Tenggara pada masa hadapan?

Kredit: Arc System Works

Ken Miyauchi: Saya tidak boleh bercakap tentang masa depan lagi tetapi sila nantikannya. Saya berkata ini pun kerana kita kerap bercakap tentang rantau Asia Tenggara.


Itu sahaja untuk interview Guilty Gear Strive ini, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ken Miyauchi kerana sudi menjawab soalan kami.

Guilty Gear: Strive kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam. Untuk baca segala liputan kami tentang game ini, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Guilty Gear StriveinterviewKen Miyauchi
ShareTweetSend
Previous Post

Tiket Naruto Animation 20th Anniversary Exhibition Semurah RM18 – Harga Diskaun Buat Masa Terhad!

Next Post

The Last of Us Part II Remastered Dedah Mode Roguelike Survival ‘No Return’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya
Review

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Next Post
The Last of Us Part II Remastered Dedah Mode Roguelike Survival ‘No Return’

The Last of Us Part II Remastered Dedah Mode Roguelike Survival ‘No Return’

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd