Bermula 11 April, Wizards of the Coast akan melancarkan acara pra-pelancaran untuk Tarkir: Dragonstorm, set terbaharu bagi permainan kad dagangan terkenal di dunia, Magic: The Gathering (MTG).
Kembali ke dunia ikonik Tarkir, di mana naga liar dan puak-puak yang gagah berani berentap dalam pertempuran epik demi kuasa dan kelangsungan hidup. Tarkir: Dragonstorm akan dilancarkan untuk permainan tabletop pada 11 April.
Tarkir dilanda ribut naga yang dahsyat, mencetuskan kelahiran naga liar yang belum pernah disaksikan di alam tersebut. Spirit Dragons baharu telah muncul dari ribut, menggulingkan para ketua naga terdahulu dan membangkitkan semangat lima puak untuk berjuang merebut kekuasaan.
Kini, di tengah-tengah kekacauan drakonik, Narset dan Elspeth berusaha menghentikan ribut naga daripada merebak ke alam lain, namun Sarkhan Vol berdiri menghalang mereka. Sementara itu, Jace mencari sesuatu yang tersembunyi jauh di Meditation Realm.



Mekanik Baharu
- Dragonstorms ialah mantera (enchantments) berkeupayaan hebat apabila memasuki medan yang boleh kembali ke tangan anda untuk dimainkan semula apabila anda menurunkan kad Dragon.
- Omen ialah kad baharu yang membolehkan anda memilih sama ada untuk melancarkan mantera kecil yang kemudian dikocok semula ke dalam dek anda, atau memanggil Dragon yang gagah. Satu kehadiran yang benar-benar menggerunkan!


Lima puak Tarkir kembali, masing-masing dengan budaya yang unik dan gaya permainan yang imersif. Temui puak anda dan sertai pertempuran dengan gaya permainan yang sesuai dengan anda, termasuk kata kunci baharu bagi setiap puak:
- Endure, kata kunci puak Abzan (Putih, Hitam, Hijau) yang berfokus pada kaunter. Apabila memainkan makhluk (creatures) dengan Endure, pemain boleh menambah N +1/+1 atau mencipta token Roh (Spirit) N/N.
- Flurry, kata kunci puak Jeskai (Biru, Merah, Putih) yang membolehkan giliran kombo kecil dengan pelbagai mantera. Kad dengan Flurry akan mencetuskan kesan tambahan apabila anda melancarkan mantera kedua dalam setiap giliran.
- Renew, kata kunci Sultai (Hitam, Biru, Hijau), membolehkan pemain mengasingkan kad dari kubur mereka sebagai kesan sihir untuk memperoleh kelebihan. Untuk menggunakan Renew, belanjakan sejumlah mana dan asingkan kad tersebut untuk mendapatkan kesan yang hebat.
- Mobilize, kata kunci Mardu (Merah, Putih, Hitam), bertujuan untuk mengukuhkan strategi serangan menyeluruh dalam satu pusingan. Makhluk dengan Mobilize akan mencetuskan kesan apabila menyerang, mencipta lebih banyak penyerang dengan menace, yang kemudian akan dikorbankan pada permulaan fasa akhir seterusnya.
- Harmonize, kata kunci Temur (Hijau, Biru, Merah), berfokus pada makhluk besar yang mengurangkan kos. Anda boleh melancarkan kad dengan Harmonize dari kubur anda dengan membayar kos Harmonize dan mengaktifkan satu makhluk yang anda kawal dan masih belum digunakan untuk membayar kekuatannya sebagai mana generik.
Bertarung Bersama Puak Anda
Setiap puak menampilkan gaya permainan tiga warna yang unik serta kebolehan baharu. Pilih puak anda dan bersiap sedia untuk bertempur dengan lima dek Commander baharu, masing-masing menampilkan pemimpin legenda puak Tarkir dan Spirit Dragon.
Setiap dek sedia dimainkan terus dari kotak dan mengandungi segala yang diperlukan.





Mengumpul Tarkir: Dragonstorm
Tarkir: Dragonstorm menampilkan pelbagai relic berharga untuk dimiliki oleh puak anda, termasuk kad yang didambakan, reka bentuk baharu, dan foil bertema yang menghidupkan dunia Tarkir.
Harta paling berharga Tarkir ialah Mox Jasper, tambahan yang berkuasa untuk mana-mana dek naga. Versi Biasa dan Draconic boleh didapati dalam Play Boosters dan Collector Boosters.
Versi bersiri yang terhad kepada 500 salinan, menampilkan karya eksklusif Dan Frazier dan bingkai Retro, hanya boleh didapati dalam Collector Boosters.



Tarkir mempunyai sejarah yang kaya, dan set terbaharu ini menampilkan pelbagai rekaan khas yang menghormati legasi puak dan naga. Kad Drakonik meraikan naga liar di dunia Tarkir dengan bingkai bertema, manakala kad Borderless Clans menghidupkan lima puak dengan tema yang seragam.
Pengaruh naga purba Ugin ke atas Tarkir terpancar dalam kad Ghostfire baharu, dengan seni khas dan bingkai kad yang diserikan dengan kehadiran Ugin yang mistik (ethereal).



Naga yang ganas juga ada sisi kecomelannya. Terdapat enam kad Borderless Reversible baharu, masing-masing menampikan makhluk bersayap kegemaran anda dalam versi ganas dan melucukan.


Tanah fetch kembali dalam slot Special Guest! Dapatkan tanah fetch musuh yang berkuasa untuk dek kegemaran anda dengan sentuhan unik Tarkir.
Tanah fetch Dragonscale Foil bertekstur baharu memberikan pengalaman visual dan sentuhan yang mendalam kepada landskap bersejarah di alam ini. Edisi khas ini hanya terdapat Collector Boosters.





Kehadiran naga dapat dirasai di seluruh Tarkir, dengan bayang-bayang menggerunkan yang menandakan kedatangan mereka seperti yang digambarkan dalam Full-Art Basic Lands, memperlihatkan betapa besar dan ganasnya makhluk liar ini.
Tarkir: Dragonstorm turut memperkenalkan satu variasi Full-Art Basic Lands, memberikan pandangan lebih dekat dan mendalam terhadap naga di alam ini. Anggaplah diri anda bertuah – atau mungkin tidak – kerana berani menatap mata tersebut!





Magic: The Gathering: Tarkir: Dragonstorm merangkumi Play Boosters, Collector Boosters, Commander Decks, Prerelease Packs, dan Bundles.
Untuk maklumat lanjut mengenai Tarkir: Dragonstorm, layari laman web rasmi.









Discussion about this post