Ada yang suka cerita seram, ada yang tidak tahan. Buat mereka yang suka, korang boleh download game seram Paper Ghost Stories: 7PM yang kini percuma di Steam buat sementara waktu hingga 2 Jun. Apa yang membuatkan lebih menarik adalah Paper Ghost Stories sebenarnya dibuat oleh studio Malaysia dan menumpukan jalan cerita kepada budaya di negara kita.
Asalnya dikeluarkan pada September 2020, game ini dahulu bernama Short Creepy Tales: 7PM semasa pelancaran awal sebelum bertukar ke nama semasa. Dicipta oleh Cellar Vault Games yang berpusat di Malaysia, game ini merupakan entri pertama daripada siri antologi yang lebih besar.
Tentang jalan cerita, kita akan bermain sebagai tiga kanak-kanak ketika mereka cuba untuk merapatkan diri dengan jiran baru yang sangat misteri. Namun, keadaan bertukar menjadi bahaya selepas setiap kanak-kanak dilawat oleh “entiti” menakutkan. Nampaknya ada apartmen tersebut menyembungikan sejenis rahsia gelap dan ia terserah kepada trio ini untuk membongkarkan kebenaran.
Dari segi gameplay, kita juga akan bergerak antara kawasan berbeza di sekitar apartmen, sambil bercakap dengan penduduk dan menyelesaikan tugas dan minigame berbeza. Cuba dapatkan klu dengan perlahan-lahan, cari item yang berguna dan temui orang baharu untuk maju di dalam permainan.
Pada masa yang sama, pilihan yang dibuat oleh pemain juga memainkan peranan besar dalam jalan cerita, di mana anda perlu bermain lebih daripada sekali untuk menemui setiap rahsia yang tersembunyi.
Selain latar belakangnya di Malaysia, Paper Ghost Stories: 7PM menggunakan estetika kraf tangan unik ala-ala Paper Mario, di mana watak dan objek dipersembahan sebagai kraf kertas yang sangat unik. Berkat pilihan reka bentuk ini, ia membantu game untuk memenangi beberapa anugerah besar seperti “Best Visual Art, Best Game Design, dan Grand Jury Award di SEA Game Awards 2020.
Bukan itu sahaja, Cellar Vault Games juga telah mengumumkan Paper Ghost Stories: Third Eye Open, sekuel seterusnya dalam antologi yang bakal dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam pada awal tahun 2023. Korang boleh baca lebih lagi tentang sekuel di sini.
Apa lagi, jom kita support Malaysia! Buat sesiapa yang berminat, Paper Ghost Stories: 7PM kini boleh dimainkan secara percuma untuk masa terhad di Steam sehingga 2 Jun.
@gamersantaimy
Discussion about this post