Salah satu telefon pintar gaming yang diminati ramai di seluruh dunia adalah ASUS ROG Phone 5. Ia telah dilancarkan di Malaysia pada bulan Mac lepas dan terbukti menjadi salah satu peranti gaming paling hebat buat masa ini. Sempena itu, ASUS kini mengumumkan promosi istimewa pada bulan, di mana pengguna yang membeli ROG Phone 5 akan menerima headset gaming secara percuma.
Untuk masa yang terhad, dapatkan headset gaming ROG Cetra II secara percuma (bernilai sebanyak RM499) dengan setiap pembelian ROG Phone 5 (8GB / 128GB)! Memang benar kawan-kawan sekalian. Jangan tunggu lagi, takut anda menyesal kemudian. Promosi istimewa ROG Phone 5 ini berjalan dari 28 Jun 2021 sehingga 9 Julai 2021. Pengguna yang berminat boleh membuat pembelian di Lazada dan Shopee di mana hanya dua model sahaja yang disertakan untuk promosi.
Berikut adalah harga untuk setiap varian:
- ROG Phone 5 – 8GB RAM + 128GB storage – RM2,999
- ROG Phone 5 – 16GB RAM + 256GB storage – RM3,799
Bagi mereka yang tidak tahu ROG Phone 5 adalah telefon pintar berkuasa tinggi paling terkini oleh ASUS dan dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 888 5G 2.84GHz, RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1. Ia mempunyai banyak fitur-fitur istimewa untuk memuaskan hati para gamer seperti lampu RGB di bahagian belakang, butang air trigger, skrin AMOLED 6.78-inci dengan kadar penyegaran 144hz, speaker dual-stereo, bateri besar 6,000mAh dan pengecas pantas 65W.
Untuk membaca segala liputan kami tentang ROG Phone 5 termasuk ulasan kami, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post