Update besar game Battlerite selepas meninggalkan early access adalah merupakan musim pertama mereka dalam kompetitif. Hari ini , developer Sunlock Studios mengumumkan ada update yang lagi besar : iaitu game mode yang baru, dipanggil sebagai Battlerite Royale. Dengar pon dah tahu, memang battle royale. Memang semua tengah demam battle royale ke cane sekarang ni?
Katanya, mereka ingin pemain merasakan kelainan akan mode battle royale. Ianya merupakan satu improvisasi yang baru, dimana game yang bergenre MOBA mengeluarkan Mode Battle Royale.
Battlerite Royale akan diadakan perlawanan 10 minit, dimana akan ada 20 pemain berlawan dalam map yang 30 kali lebih besar dari map biasa. Korang boleh bermain secara solo, ataupun berpasangan. Akan ada 27 hero yang akan dipilih oleh pemain. Masih menggunakan undang-undang battle royale: Loot, bunuh dan cuba untuk survive selama mungkin.
Inilah perkara yang menarik, korang bermain battle royale sebagai hero kot!!!! Ada skill lagi. Aku rasa, ni pertama kali game MOBA yang mengadakan dan cuba dengan Mode Battle Royale. Apa pandangan korang?
@gamersantaimy
Discussion about this post