Pada minggu lepas, EA telah melancarkan ujian alpha untuk Battlefield Mobile di beberapa negara termasuk Indonesia dan Filipina melalui Google play Store. Setelah seminggu dikeluarkan, ia menimbulkan sedikit kekecohan dalam kalangan peminat, terutamanya kerana beberapa aspek dalam game tersebut kelihatan “cool” daripada 2042.
Daripada video di atas, kita dapat mengesahkan bahawa peta Grand Bazaar dari Battlefield 3 akan keluar dalam Battlefield Mobile. Ramai orang “hype” dengan game ini kerana ia lebih banyak kemusnahan daripada Battlefield 2042 seperti di dalam video tersebut. Sebelum ini dalam Battlefield 2042, ramai pemain kritik tentang game tersebut sehingga dilabel game paling teruk 2021 kerana mempunyai banyak bug, masalah-masalah lain dan tidak cukup realistik. Korang boleh rujuk artikel mengenainya disini.
Kepada yang tidak tahu, Battlefield Mobile adalah game FPS shooter seperti Call of Duty, PUBG Mobile dan lain-lain lagi. Sama seperti game tersebut, korang akan mempunyai pelbagai peta dan mode permainan seperti “Tactical, Destroy, Stealth, War Tanks” dan “Sandbox”.
Sedikit perincian kepada mode-mode tersebut:
- Tactical – Bermain seperti battle royale.
- Destroy – Menggunakan ATV untuk memusnahkan segalanya.
- Stealth – Menggunakan sejata jarak dekat untuk membunuh secara senyap.
- War Tanks – Membuat kempen dengan menggunakan kereta kebal.
- Sandbox – “Your sandbox, your rules”.
Terdapat banyak operator yang boleh dimainkan untuk menyusun strategi seperti Assault Support, Medic dan Recon. Korang boleh pilih operator dan ubahsuai “loadout” mengikut “playstyle” dengan mengubah baju kalis peluru, senjata, gajet dan banyak lagi.
Game ini mempunyai dua kenderaan yang boleh dikawal iaitu kereta kebal dan ATV. Korang boleh gunakan kenderaan untuk menghancurkan segala bangunan yang terdapat dalam game ini. Dengan menggunakan kenderaan, korang boleh maksimumkan strategi untuk menakluki game ini.
Untuk mereka yang risau jika game mobile ini tidak sehebat seperti versi PC, konsol utama -jangan risau kerana ia dibangunkan oleh pasukan FPS bertaraf veteran. Battlefield Mobile sedang dibangunkan oleh Industrial Toys, yang diketuai oleh Alex Seropian, salah satu pengasas asal Bungie (pencipta francais Halo). Secara keseluruhan, pasukan pembangun juga mempunyai kakitangan dari DICE Studio, dan rakan-rakan lain.
Buat masa ini, Battlefield Mobile tidak tersedia di Malaysia, tetapi saya akan terus mengemas kini apabila mendapat info lanjut. Untuk lebih banyak berita menarik tentang Battlefield, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post