Electronic Arts bersama Battlefield Studios telah mengumumkan secara rasmi Battlefield 6, dengan pelancaran trailer pendedahan serta visual rasmi pertama untuk game first-person shooter yang sangat dinanti-nantikan ini.
Game ini disahkan akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam serta Epic Games Store.
Trailer terbaru ini memaparkan latar masa hadapan terdekat, di mana konflik tercetus akibat Pax Armata, sebuah Private Military Corporation yang dibiayai oleh bekas negara-negara anggota NATO.
Jalan cerita ini akan menjadi asas kepada kepulangan kempen single-player dalam siri ini, serta mod multiplayer berskala besar yang menjadi identiti utama Battlefield.

EA menjanjikan bahawa siri ini akan kembali kepada akar utamanya, termasuk combat yang sengit dan imersif, gameplay berpasukan yang memerlukan strategi, serta kebebasan pemain yang tiada tandingan.
Dalam kenyataan media, turut ditekankan elemen kemusnahan dinamik, di mana pemain boleh “meletupkan dinding dan meruntuhkan bangunan untuk kelebihan taktikal,” selain “pertempuran udara yang mendebarkan” menggunakan jet pejuang serta pertempuran darat berskala besar dengan kereta kebal.

Walaupun trailer Battlefield 6 di atas sudah memberikan gambaran awal, peminat tidak perlu menunggu lama untuk maklumat lanjut. Satu siaran khas untuk memperkenalkan mod multiplayer telah dijadualkan pada hari Jumaat, 1 Ogos jam 2:30 pagi.
Acara ini, yang akan disiarkan secara langsung di YouTube, digambarkan oleh pembangun sebagai “salah satu detik paling bersejarah dalam sejarah Battlefield.”

Acara pendedahan ini akan mengupas dengan lebih mendalam mengenai pengalaman multiplayer Battlefield 6, termasuk pendedahan mod-mod permainan baharu dan yang kembali, pandangan pertama terhadap beberapa “peta yang menakjubkan,” serta ciri-ciri lain yang menurut EA menjadikan ia “judul paling bercita-cita tinggi dalam sejarah siri ini.”









Discussion about this post