Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Baru Mula Main Ghost of Yōtei? Ini Tips Yang Perlu Anda Tahu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 3, 2025
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Open World, Panduan, PS5
0 0
0
Baru Mula Main Ghost of Yōtei? Ini Tips Yang Perlu Anda Tahu!
Share on FacebookShare on Twitter

Ghost of Yōtei ialah sebuah game yang tidak akan membimbing pemain secara lama. Selepas babak pembukaan, anda akan terus dilemparkan ke dalam sebuah dunia yang luas, penuh dengan musuh berbahaya, rahsia tersembunyi, dan pelbagai aktiviti sampingan.

Dengan begitu banyak kebebasan dari awal lagi, ia boleh menjadi agak memeningkan untuk memutuskan apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu.

Itulah sebabnya kami telah menyediakan panduan ini, yang mengetengahkan tip-tip awal gameplay, Charm, senjata, dan aktiviti yang paling penting untuk menjadikan perjalanan anda di Yōtei lebih lancar.

Terus Tuju ke Gunung Yōtei

Apabila mula bermain Ghost of Yōtei, salah satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan ialah terus menuju ke Gunung Yotei. Kenapa? Kerana anda akan mendapat akses kepada dua Charm yang sangat kuat dengan serta-merta—dan yang paling penting ialah Charm of Mount Yotei.

Efeknya mudah tetapi sangat hebat: ia mengurangkan damage yang diterima.

Apa yang menjadikan Charm ini lebih istimewa ialah ia satu-satunya Charm dalam game yang mempunyai sehingga lima tahap upgrade. Tidak kira apa jua jenis binaan watak yang anda sasarkan—stealth, jarak jauh, atau combat jarak dekat—Charm ini adalah asas yang hebat untuk perjalanan anda di Yōtei.

Berita baiknya, anda boleh mendapatkannya terus dari wilayah pertama. Sebaik sahaja game dibuka dan anda bebas untuk meneroka, tuju ke lokasi yang ditanda pada peta anda (lihat gambar). Pendakiannya agak panjang dan dipenuhi dengan bahagian parkour, tetapi percayalah, usahanya sangat berbaloi.

Charm Berguna di Peringkat Awal Permainan

Satu lagi Charm yang wajib ada ialah Charm of Kanayago, yang menggandakan jumlah Common/Rare Metal yang anda kumpulkan. Bahan-bahan ini sangat penting untuk menaik taraf Armor dan Melee Weapon anda, jadi membuka Charm ini lebih awal akan menjadikan pengumpulan sumber jauh lebih mudah.

Anda boleh menemuinya di Fall’s Rest Shrine, yang terletak di bahagian tenggara Yōtei Grasslands, di timur laut Shirahige Falls.

Jika anda ingin meningkatkan lagi pengumpulan sumber, dapatkan Charm of Bountiful Harvest. Charm ini menggandakan kutipan kayu, bunga, dan tumbuhan anda, menjadikannya sesuai untuk menaik taraf busur, menghasilkan anak panah di tapak perkhemahan, dan juga membuka Outfit Dye baharu.

Anda akan menemuinya di penjuru timur laut tasik di Shikotsu Woods, juga di Yōtei Grasslands.

Utamakan Misi Senjata & Perisai

Ghost of Yōtei memberi kebebasan untuk meneroka dan mengambil misi mengikut rentak anda sendiri. Secara teknikalnya, anda boleh mengejar Yōtei Six tanpa mengambil sebarang senjata baharu—tetapi itu bukanlah sesuatu yang kami syorkan.

Sebaliknya, utamakan misi yang memberikan ganjaran senjata baharu, kerana setiap alatan dari wilayah yang berbeza mempunyai kelebihan uniknya.

Sebagai contoh, di Teshio Ridge, anda akan berdepan dengan ramai musuh yang menggunakan perisai, serta ninja licik yang sedang menunggu untuk menyerang hendap.

Kusarigama sangat sesuai di sini; ia berkesan terhadap perisai dan membolehkan anda melakukan pembunuhan hendap jarak jauh, menjadikannya ideal untuk menangkis serangan hendap. Jadi apa pun yang anda lakukan, jangan abaikan misi yang berkaitan dengan senjata atau perisai baharu.

Dapatkan Armor of the Undying Lebih Awal

Armor of the Undying adalah salah satu set perisai terbaik yang boleh anda peroleh pada peringkat awal Ghost of Yōtei, dan ia sangat sesuai jika anda ingin mendapatkan kelebihan besar dalam combat dengan segera.

Untuk memulakan misi ini, cari Ugetsu the Storyteller, yang boleh ditemui berhampiran lokasi serangan beruang di Storyteller Rest, dekat Masked Man Quarry, di wilayah Ishikari Plain.

Dia akan berkongsi kisah Undying Samurai dan menghantar anda dalam perjalanan untuk mengumpul empat loceng suci, di mana angin akan memandu anda ke lokasinya.

Selepas mengumpul kesemuanya, tuju ke Undying Samurai’s Lair yang terletak di sepanjang pantai barat Rumoi River, dan letakkan loceng-loceng tersebut untuk memanggilnya.

Kalahkan Undying Samurai dalam sebuah duel dan anda akan memperoleh perisai legendanya.

Armor of the Undying menawarkan bonus yang hebat: tempoh masa yang lebih panjang untuk Perfect Parry dan Dodge, pemulihan nyawa apabila musuh stagger, dan juga peningkatan stagger damage semasa Focus Attack apabila senjata anda dijajarkan dengan betul.

Set ini menjadikan serangan dan pertahanan jauh lebih efektif, memberikan kelebihan besar pada peringkat awal permainan.

Sentiasa Periksa & Beli Peta daripada Pelukis Peta (Cartographer)

Dunia Ghost of Yōtei sangat besar dan penuh dengan aktiviti, jadi mudah untuk terlepas sesuatu yang penting. Mujurlah, ada Isaburo the Cartographer, seorang NPC yang muncul di setiap bandar selamat di seluruh wilayah.

Isaburo menjual peta yang mendedahkan lokasi Altars of Reflection (digunakan untuk membuka Technique baharu), dan kadang-kadang juga Hot Spring yang meningkatkan tahap nyawa maksimum anda. Namun, dia tidak akan menjual semuanya sekaligus, jadi jadikan tabiat untuk bertemu dengannya secara berkala.

Skil Penting di Peringkat Awal Permainan

Salah satu Technique pertama yang patut anda buka ialah Perfect Parry, yang boleh didapati di bawah Onryo > Attacks. Walaupun ia memerlukan timing yang tepat, melakukan Perfect Parry membolehkan anda terus membalas serangan dan membuatkan musuh stagger.

Ini menjadikannya satu penyelamat di peringkat awal permainan, terutamanya apabila menentang jenis musuh yang lebih liat seperti Spearmen atau musuh bersenjatakan sabit, walaupun anda belum mempunyai senjata yang “betul” untuk menentang mereka.

Jangan Abaikan Perbualan dengan NPC

Satu perkara yang akan anda sedari dengan cepat dalam Ghost of Yōtei ialah betapa kerapnya NPC berkongsi maklumat yang benar-benar berguna. Sama ada lokasi misi sampingan, Hot Spring yang tersembunyi, atau Altars of Reflection, perbualan dengan NPC hampir sentiasa berbaloi.

Jadi, pastikan anda berbual dengan mereka apabila ada peluang; anda tidak akan tahu apa yang mungkin anda temui.

Bounty: Cara Terbaik untuk Mengumpul Duit

Bounty adalah salah satu aktiviti sampingan yang paling lumayan dalam Ghost of Yōtei. Ia mempertemukan kita dengan musuh yang lebih kuat daripada askar-askar biasa, dan setiap bounty yang berjaya akan memberikan anda antara 750 hingga 2,500 Coin—satu jumlah yang sangat besar, terutamanya pada peringkat awal.

Lebih menarik lagi, menyelesaikan beberapa bounty akhirnya akan membuka satu misi khas untuk menewaskan “Special Target”, yang akan memberi anda Bounty Master Armor. Set ini bukan sahaja bergaya—ia juga sangat overpowered. Parry standard akan dibuang.

Hanya Perfect Parry (dengan timing yang lebih mudah) dibenarkan, ia meningkatkan perolehan Spirit secara mendadak, dan membolehkan sehingga tiga serangan balas selepas satu parry. Pada pendapat saya, ia adalah salah satu perisai terkuat dalam keseluruhan game.

Ghost of Yōtei kini tersedia di konsol PlayStation 5. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

  • Ghost of Yōtei – Panduan Perisai & Cara Mendapatkannya!
Tags: Ghost of YōteiPanduan
ShareTweetSend
Previous Post

Zenless Zone Zero Version 2.3 Akan Datang 15 Oktober, Memperkenalkan Wilayah Seram & Agent Baharu

Next Post

Ghost of Yōtei – Panduan Perisai & Cara Mendapatkannya!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Ghost of Yōtei – Panduan Perisai & Cara Mendapatkannya!

Ghost of Yōtei - Panduan Perisai & Cara Mendapatkannya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd