Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bandai Namco Studios Malaysia bertanggungjawab untuk visual ikonik Armored Core VI – FAKTA!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 12, 2023
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Steam, Tempatan, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Bandai Namco Studios Malaysia bertanggungjawab untuk visual ikonik Armored Core VI – FAKTA!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun negara kita kecil, jangan pandang rendah kepada kami! Hari ini, kita dapat tahu bahawa salah satu gambar visual paling ikonik untuk Armored Core VI Fires of Rubicon sebenarnya telah dihasilkan oleh Bandai Namco Studios Malaysia.

Diumumkan melalaui LinkedIn, Aaron Wong selaku Character Supervisor mengumumkan bahawa studio Malaysia merupakan pasukan yang bertanggungjawab di sebalik visual di bawah, yang memaparkan mecha ikonik di muka depan permainan.

Kredit: Aaron Wong

Menurutnya;

“Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa pasukan saya di Bandai Namco Studios Malaysia mencipta render ikonik ini untuk Armored Core VI: Fires of Rubicon, yang kini berada di muka depan permainan, kulit majalah, bahan promosi dan kedai permainan di seluruh dunia!”

“Saya menyumbang sebagai Character & Rendering Supervisor, memberikan arahan seni dan sokongan teknikal kepada pasukan. Kerja yang bagus kepada pasukan produksi kami yang bekerja keras Wendy Le, Rafid Zufar dan De Jun Lua untuk kerja yang hebat! Pujian kepada pasukan Project Management dan Translation, Mei Len Chin, Amal Farial Khalid, Ken Masuhiro, Lydia Farina dan Kai Wern Ng atas sokongan mereka dalam projek yang mencabar ini!”

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada [Toshiyuki Suzuki] atas bantuannya dalam arah seni dan idea untuk menambah baik render ini. Kami tidak akan menyiapkan projek ini tanpa bimbingannya!”


Dicipta oleh FromSoftware (yang terkenal dengan Dark Souls, Bloodborne, Sekiro, dan Elden Ring),  Armored Core VI Fires of Rubicon adalah game aksi mecha yang memfokuskan pada strategi dan customization.

Gameplay utama menekankan pertempuran kenderaan berasaskan mecha di mana pemain mengambil peranan sebagai juruterbang pakar yang mengawal robot gergasi bernama Armored Core.

Game ini memberi fleksibiliti besar kepada pemain untuk mengubah suai robot mereka dengan penggunaan pelbagai bahagian di mana keupayaan mereka dapat ditingkatkan supaya menjadi lebih kuat demi menghadapi cabaran seterusnya.

Bagi mereka yang berminat, Armored Core VI Fires of Rubicon sudah dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam sejak 25 Ogos. Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Armored Core VIBandai Namco Studios Malaysia
ShareTweetSend
Previous Post

EA Sports FC 24: Siapakah pemain bola sepak terbaik untuk pakai?

Next Post

Preview Assassin’s Creed Mirage – Lebih fokus pada stealth, bukan bantai musuh semata-mata

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Preview Assassin’s Creed Mirage – Lebih fokus pada stealth, bukan bantai musuh semata-mata

Preview Assassin’s Creed Mirage - Lebih fokus pada stealth, bukan bantai musuh semata-mata

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd