Hari ini, Bandai Namco dan ILCA telah mengumumkan penubuhan sebuah syarikat baru bernama Bandai Namco Aces melalui siaran akhbar.
Syarikat itu telah ditubuhkan dengan pelaburan bersama (51% daripada Bandai Namco dan 49% daripada ILCA) dengan tujuan untuk membangun dan mengendalikan permainan video berkualiti tinggi, kandungan rangkaian, kandungan PC dan banyak lagi.
Projek pertama untuk syarikat itu ialah game terbaru Ace Combat baharu yang dibangunkan memakai Unreal Engine 5. Walau bagaimanapun, Bandai Namco Aces tidak akan sepenuhnya memfokuskan pada game itu dan akan menguruskan beberapa projek lain pada masa yang sama.
Syarikat itu akan diketuai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takuya Iwasaki (yang juga Ketua Pegawai Eksekutif ILCA) dan naib presiden eksekutif Kazutoki Kono, lebih dikenali sebagai Pengarah Jenama siri Ace Combat.
Berikut adalah penerangan rasmi tentang syarikat Bandai Namco Aces:
“Dengan pertumbuhan luar biasa pasaran global permainan video baru-baru ini, permintaan untuk lebih banyak game mewah semakin meningkat.
Atas dasar ini, untuk menyampaikan game mewah yang melangkaui jangkaan peminat di seluruh dunia, kami telah memutuskan untuk menubuhkan syarikat baru untuk mengukuhkan kapasiti kami bagi membangunkan game dengan ekspresi hiper-fotorealistik.
Bandai Namco Entertainment Inc. telah memupuk kepakarannya dalam produksi game melalui pengeluaran siri “Tekken” dan siri “Ace Combat”. Iruka mempunyai keupayaan teknikal untuk menghasilkan kandungan berkualiti tinggi menggunakan teknologi terkini.
Melangkah ke hadapan, sambil memanfaatkan kekuatan dan pengetahuan kedua-dua syarikat, kami akan terus menyampaikan kandungan berkualiti tinggi yang boleh dimainkan secara mendalam dan untuk masa yang lama kepada peminat di seluruh dunia.”
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi Bandai Namco di sini.
Untuk sesiapa yang berminat dengan game Ace Combat, Bandai Namco juga telah membawa pelbagai pesawat klasik Amerika dan banyak lagi ke Ace Combat 7: Skies Unknown sempena tayangan filem Top Gun: Maverick yang kini ditayangkan di pawagam seluruh dunia. Kalau nak tahu apa yang di dalam DLC ini, korang boleh baca preview saya di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post