Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime dan Siri NETFLIX terbaru yang korang boleh tonton JULAI 2022!

Maira by Maira
July 1, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Senarai
0 0
0
Anime dan Siri NETFLIX terbaru yang korang boleh tonton JULAI 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Bulan baru sudah tentu ada cerita baru yang akan di bawa masuk ke dalam platform Netflix. Anda juga mesti tengah mencari siri untuk ditonton pada bulan Julai kan? Kami telah menyenaraikan beberapa anime, siri dan filem menarik untuk anda tonton di Netflix pada bulan Julai 2022! Tanpa membuang masa, jom tengok senarainya.

Anime Netflix

BASTARD!! -Heavy Metal, Dark Fantasy-

Apabila kuasa jahat mengancam untuk menghidupkan semula Anthrasax, Dewa Pemusnah, Kerajaan Meta-llicana meminta bantuan ahli sihir gelap

Uncle from Another World

Selepas koma selama 17 tahun, bapa saudara Takafumi tiba-tiba bangun. Lebih mengejutkan dia bercakap dalam bahasa yang tidak dikenali dan boleh menggunakan kuasa ajaib.

Detective Conan: Zero’s Tea Time

Seorang detektif yang juga seorang ejen keselamatan awam dan ahli organisasi rahsia, Itulah Zero. Anda akan mengikuti kisahnya dalam anime spin-off terbaru daripada francais terkenal “Detektif Conan”.

Final Fantasy VII: Advent Children

Advent Children berlangsung 2 tahun selepas peristiwa Final Fantasy VII [game] di mana tiga penjahat sibuk menculik kanak-kanak yang dijangkiti dengan penyakit yang tidak dapat dijelaskan. Cloud Strife, wira daripada Final Fantasy VII, nampaknya juga menderita daripada penyakit yang sama, lalu pergi untuk menyelamatkan semua kanak-kanak itu.

Namun, dia mendapat tahu bahawa trio penjahat itu sebenarnya merancang untuk menghidupkan semula sang antagonis Sephiroth menggunakan mayat seorang penjahat dari luar angkasa bernama Jenova. Berhadapan dengan masalah baru, Cloud dan rakan-rakan harus berjuang untuk menghalang kejahatan ini.

Siri & Filem Netflix

The Sea Beast

Apabila seorang gadis muda bersembunyi di atas kapal pemburu raksasa laut yang legenda, mereka telah mulakan satu pengembaraan epik ke perairan yang belum pernah dijejaki ramai — dan mencipta sejarah.

Kung Fu Panda: The Dragon Knight

Pahlawan legenda Po bekerjasama dengan seorang kesatria Inggeris elit dalam usaha global untuk menyelamatkan senjata ajaib serta memulihkan reputasinya — dan menyelamatkan dunia!

Stranger Things (Season 4 – Volume 2)

Apabila seorang budak lelaki hilang, sebuah bandar kecil membongkar misteri yang melibatkan eksperimen rahsia, kuasa ghaib yang menakutkan dan seorang gadis kecil yang aneh. Ini merupakan penamat kepada segala perkara yang terjadi.

Resident Evil

Bertahun-tahun selepas wabak virus yang menyebabkan kemusnahan dunia, Jade Wesker berjanji untuk menjatuhkan mereka yang bertanggungjawab terhadap kemusnahan itu dan untuk bertahan melawan orang yang dijangkiti.

The Gray Man 

Apabila seorang ejen CIA rahsia mendedahkan rahsia agensi lain, dia kini diburu di seluruh dunia oleh seseorang yang inginkan kepalanya.

Uncharted

Sebuah filem adaptasi dari game popular PlayStation oleh Naughty Dog. Pemburu harta karun Victor “Sully” Sullivan merekrut Nathan Drake untuk membantunya mendapatkan harta benda berusia 500 tahun yang dikumpulkan oleh penjelajah Ferdinand Magellan. Nampaknya bukan mereka sahaja yang ingin mendapatkannya kerana Santiago Moncada juga inginkan harta tersebut. Jika Sully dan Nate boleh menguraikan petunjuk dan menyelesaikan salah satu misteri tertua di dunia, mereka akan menjumpai harta karun $5 bilion — tetapi itu hanya boleh berlaku jika mereka boleh belajar bekerjasama.


Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda. Cerita apa yang anda akan tonton di Netflix sepanjang Julai 2022? Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Netflix daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: Julai 2022netflix
Previous Post

Bandai Namco & ILCA bentuk syarikat “Bandai Namco Aces”, niat untuk cipta game kualiti tinggi

Next Post

One Piece Odyssey pamerkan sistem “combat turn-based”, lebihkan JRPG dari action adventure

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
One Piece Odyssey pamerkan sistem “combat turn-based”, lebihkan JRPG dari action adventure

One Piece Odyssey pamerkan sistem "combat turn-based", lebihkan JRPG dari action adventure

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd