Hari ini, Bandai Namco Entertainment Asia telah mengumumkan barisan game mereka untuk Thailand Game Show 2023 – salah satu pameran permainan video terbesar di Asia Tenggara. Tahun ini, peserta akan dapat merasai sendiri game baharu dan akan datang, seperti TEKKEN 8, SYNDUALITY Echo of Ada, NARUTO X BORUTO Ultimate Ninja STORM CONNECTIONS, SAND LAND dan SWORD ART ONLINE Last Recollection.
Pada masa yang sama, judul SQUARE ENIX seperti FINAL FANTASY VII REBIRTH, DRAGON QUEST MONSTERS: The Dark Prince dan STAR OCEAN THE SECOND STORY R juga akan ditampilkan di reruai Bandai Namco Entertainment Asia (selaku pengedar rasmi di Asia).
Bagi mereka yang singgah, Bandai Namco Entertainment Asia akan mempamerkan game di atas di reruai E3, E7, di Dewan 3-4 di Queen Sirikit National Convention Center, Bangkok, Thailand.
Selain itu, produser dan pengarah bagi beberapa game yang disebutkan tadi juga akan tampil di reruai Bandai Namco Entertainment Asia untuk di Thailand Game Show 2023.
Datang dari ibu pejabat Bandai Namco Entertainment, Michael Murray selaku Produser Projek TEKKEN dan TEKKEN 8, serta Yosuke Futami, Produser SYNDUALITY Echo of Ada, akan hadir di acara tersebut.
Pencipta DRAGON QUEST MONSTERS: The Dark Prince juga akan hadir untuk menyokong pameran – terutamanya, Yuji Horii sebagai Pengarah Besar dan Kento Yokota sebagai Produser.
Akhir sekali, pengarah FINAL FANTASY VII REBIRTH, Naoki Hamaguchi, akan membuat kemunculan, jadi jangan ketinggalan untuk melihatnya secara langsung di reruai Bandai Namco Entertainment Asia.
Berikut adalah antara game terbitan Bandai Namco Entertainment Asia yang anda boleh cuba di Thailand Game Show 2023!
TEKKEN 8
SYNDUALITY Echo of Ada
NARUTO X BORUTO Ultimate Ninja STORM CONNECTIONS
SAND LAND
SWORD ART ONLINE Last Recollection
FINAL FANTASY VII REBIRTH (SQUARE ENIX)
DRAGON QUEST MONSTERS: The Dark Prince (SQUARE ENIX)
STAR OCEAN THE SECOND STORY R (SQUARE ENIX)
Pelbagai giveaway menarik dan kejutan mendebarkan lain tersedia untuk hadirin, jadi nantikan kemas kini pada platform media sosial Bandai Namco Entertainment Asia untuk info lanjut!
@gamersantaimy
Discussion about this post