Anda mencari game baharu untuk dimasukkan ke dalam library PlayStation anda? Berita baiknya, SEGA sedang mengadakan Publisher Sale di PlayStation Store sekarang! Promosi ini hanya tersedia untuk masa terhad sahaja. Beberapa tajuk terpilih untuk PS4 dan PS5 juga tersedia dengan harga yang sangat berpatutan.
Antara game yang tersedia untuk SEGA Publisher Sale adalah Sonic Mania, koleksi game Sonic yang membawa semula stage klasik serta level baharu untuk pemain. Selain itu, terdapat juga Dengeki Bunko: Fighting Climax, sebuah game fighting 2D yang memaparkan barisan watak-watak daripada siri yang diterbitkan oleh Dengeki Bunko.
Promosi ini hanya tersedia bermula hari ini, 11 Oktober sehingga 25 Oktober 2023. Berikut adalah tajuk-tajuk highlight untuk SEGA Publiser Sale di PS Store sekarang:
- Sonic Mania [PS4] — RM 27

Sonic Mania – Pengembaraan serba baharu dengan Sonic, Tails dan Knuckles yang penuh dengan bos unik, landskap 2D dan gameplay klasik yang menyeronokkan. Sonic Mania membawa platform retro ke masa hadapan melalui grafik 2D piksel sempurn pada 60FPS.
- New Sakura Wars [PS4] — RM 51.20

Imperial Combat Revue mengambil alih pentas sebagai pertahanan Tokyo terhadap demon. Askar pada zaman perang, penghibur teater pada masa aman, Flower Division tidak memenuhi warisannya dan berisiko ditutup. Sebagai kapten Kamiyama yang baru dilantik, terpulang kepada anda untuk mengubah keadaan.
- Dengeki Bunko: Fighting Climax Ignition [PS4] — RM 35

Game fighting 2D yang menampilkan banyak watak terkenal daripada Dengeki Bunko! Di sini muncul watak seperti “Tatsuya Shiba”, “Kuroko Shirai” dan lain-lain! Pergerakan istimewa daripada adegan hebat cerita asal boleh dihasilkan dengan kawalan mudah. “Dream Duel” yang menampilkan crossover merentas cerita asal, ditambah dengan jumlah yang besar. Terdapat juga elemen unik konsol.
- Shining Resonance Refrain [PS4] — RM 37.60

Main sebagai Yuma Ilvern dan hentikan Empayar daripada mengeksploitasi kuasa naga purba, termasuk jiwa Shining Dragon dalam diri anda. Dengan bantuan rakan anda, realisasikan nasib anda, selamatkan Astoria, dan lepaskan kekuatan yang anda sentiasa terkunci.
Anda boleh lihat senarai penuh melalui laman web rasmi SEGA. Untuk mendapatkan berita lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post