Baru-baru ini, kita dapat tahu bahawa watak komik popular Blade daripada Marvel akan menerima adaptasi game oleh Bethesda Softworks, Arkane Studios Lyon, dan Marvel Games. Pengumuman ini turut menampilkan trailer istimewa tetapi siapa sangka game Blade akan menampilkan ayat daripada Al-Quran, khususnya ayat pertama surah Al-Falaq.
Berikut adalah trailer dan imej yang disebutkan tadi:
Sebagai konteks, Marvel’s Blade adalah game “matang” yang menggabungkan pengalaman single-player ke dalam perspektif third-person” Di sebuah lokasi kuarantin di Paris, makhluk vampire telah muncul, lalu mengganas di bandar dan memaksa orang Paris untuk berlindung di dalam rumah mereka pada waktu malam. Blade akhirnya tiba dan kini tanggungjawab terserah kepadanya untuk menghapuskan ancaman jahat Vampire.
Dalam trailer di atas itu, beberapa peminat bermata tajam ayat Al-Quran yang ditemui di luar sebuah kedai gunting rambut. Khususnya, ayat itu adalah ayat pertama di dalam Surah Al-Falaq, yang jika diterjemahkan bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
Di pintu masuk kedai salon itu, kita juga dapat lihat salib besar dan itu yang menjadi sikit kontroversi di kalangan komuniti.
Apakah Maksud Di Sebalik Tambahan Ayat Al-Quran?‘
Untuk memahami niat para pembangun, dahulu kita perlu mengenali siapakah itu Blade.
Blade a.k.a Eric Cross Brooks ialah watak fiksyen daripada buku komik Amerika yang diterbitkan oleh Marvel Comics. Mendedikasikan hidupnya untuk membersihkan dunia daripada semua ancaman vampire, Blade menggunakan fisiologi uniknya untuk menjadi pemburu vampire; kerana dia adalah manusia yang kebal terhadap gigitan vampire.
Jika kita menterjemahkan surah lengkap Al-Falaq, yang berkata:
Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
“Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
“Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
“Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.
Menariknya, ayat ini sejajar dengan tema vampire, memandangkan ia merujuk kepada kegelapan dan makhluk-makhluk ghaib. Pada masa yang sama, tanda salib mewakili perlindungan terhadap ancaman jahat dan bertujuan untuk melindungi orang daripada sebarang bahaya supernatural. Malah, di dalam kedai, kita dapat melihat beberapa tanda dan simbol bagi agama lain.
Secara ringkas, ini adalah usaha pembangun untuk memberi elemen naratif yang lebih menyakinkan dalam dunia game Blade melalui gambaran persekitaran. Kita boleh menganggap bahawa pemilik kedai sangat takut dengan ancaman vampire dan sudah mati akal hingga terpaksa bergantung pada beberapa agama untuk menghalau vampire daripada kedainya.
Daripada segi itu, tambahan ayat Al-Quran adalah untuk membina naratif dalam game Blade, bukan untuk mempersendakan mana-mana agama.
Seperti saya kata tadi, Marvel’s Blade masih dalam pembangunan dan tiada info diberikan tentang tarikh keluaran, dan gameplay. Kita hanya tahu game ini akan dikeluarkan di Xbox Series dan PC.
@gamersantaimy
Discussion about this post