Banyak juga pameran anime yang telah berlangsung di Malaysia untuk beberapa tahun ini. Antara siri yang sudah mengadakan pameran mereka di Malaysia adalah Demon Slayer, One Piece, Ito Junji dan Fullmetal Alchemist. Pameran anime baru yang akan berlangsung di Malaysia adalah Attack on Titan: The Final Exhibition Malaysia!
Diumumkan melalui halaman rasmi Facebook, Attack on Titan: The Final Exhibition Malaysia akan berlangsung pada 25 April ini sehingga 21 Julai 2024! Anda yang ingin ke pameran ini, ia akan bertempat di Fahrenheit88, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Untuk ke sana memang mudah, lebih-lebih lagi ada pelbagai kenderaan awam yang tersedia di sekelilingnya.
[UPDATE]
Harga tiket untuk pameran ini telah pun diumumkan. Buat masa ini hanya dua jenis tiket yang anda boleh dapatkan iaitu Early Bird dan Exclusive Bundle. Anda boleh beli tiket ini sekarang melalui Ticket2U. Berikut adalah harga untuk setiap tiket tersebut:
- Early Bird Standard — RM 45
- Exclusive Bundle — RM 235
- 1x tiket masuk
- 1x AOT Final Exhibition official catalog art book (Edisi terhad)
Pameran ini barangkali sama seperti pameran Attack on Titan yang berlangsung di Singapura pada 2022. Ia menampilkan lebih daripada 180 karya oleh Isayama Hajime bermula dari awal manga sehingga kini. Malah pengunjung juga dapat melihat beberapa karya baru yang belum pernah ditunjuk di mana-mana tempat dalam dunia ini.

Ia juga mengandungi draf serta lakaran daripada arkibnya. Pengunjung akan memasuki dunia distopia Isayama yang luas dan alami urutan pertempuran yang mengasyikkan di Great Titan Theatre, paparan besar Titan, watak dan objek daripada manga.

Nantikan kemas kini mengenai harga tiket pada masa akan datang! Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Attack on Titan daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post