Seorang warga emas dari Taiwan yang telah viral sebab main Pokémon Go dengan menggunakan 11 phone, yang dilekapkan dekat basikal dia.
Atok bernama Chen San-yuan ni terus terkenal sebab cara dia main. Atok ni siap bawak kabel charger dengan power bank sekali supaya dia dapat kurang-kurang 20 jam untuk setiap phone.
Mula dikenali kat media sosial masa Ogos lepas, atok ni dah upgrade kelengkapan dia. Sekarang pakai waist mount wa cakap lu. Sekarang dia boleh berjalan cari Pokémon dengan 11 phone melekat kat badan dia. Jiran-jiran pun cakap dia jadi punca tarikan pelancong ke tempat diorang.
Dalam satu temuramah, atok Chen menerangkan dalam dialek Hokkien; dia belajar main Pokémon Go daripada cucu dia. Dalam sebulan dia belanjakan USD$1290 untuk tambahkan phone, letak lures kat Pokéstop dan jugak barang-barang in-app yang lain. Pokémon kegemaran atok ni adalah Snorlax.
Tapi dia bagitau yang dia tak main gym battle sebab menurutnya, gym battle ni tak fair kepada player lain. Dia enjoy jalan-jalan tangkap dan upgrade Pokémon yang rare.
Aku paling tinggi penah nampak pun kat taman KLCC, ada sorang atok main guna penutup kotak kasut susun 3-4 phone kat dalam. Korang nampak lagi power ke setup? Ce komen sket.
@gamersantaimy
Discussion about this post