ASUS Republic of Gamers (ROG) baru sahaja mengumumkan mesin gaming terbaharu mereka di Malaysia: iaitu ROG G700, sebuah desktop gaming 2025 yang boleh didapati dengan harga runcit RM14,999.
Diumumkan hari ini, dekstop berprestasi tinggi ini dibina khas untuk memberikan pengalaman gaming terbaik, meneruskan legasi ROG dengan spesifikasi yang pasti membuatkan setiap gamer teruja.

Di inti ROG G700 terdapat Intel Core Ultra 9 285K, processor berkuasa tinggi yang memastikan framerate kekal lancar walaupun dalam game terbaru yang paling mencabar.
Digandingkan dengan NVIDIA GeForce RTX 5080 PRIME dengan 16GB GDDR7, desktop ini menyokong teknologi tercanggih seperti DLSS 3.5 dan Frame Generation, menghasilkan visual yang luar biasa dan prestasi yang mengagumkan. Dengan 32GB RAM DDR5, multitasking, streaming, dan gaming berjalan tanpa sebarang gangguan.
Dari segi storan, 1TB PCIe Gen 4 NVMe SSD memastikan masa ‘boot and load’ lebih pantas, dan ia juga sedia untuk naik taraf ke PCIe Gen 5 pada masa hadapan.

Setiap komponen dalam G700 adalah daripada ROG dan ASUS, direka dengan ketelitian serta diuji untuk ketahanan dan prestasi optimum.
Sistem penyejukan juga tidak diabaikan—empat kipas 120mm berprestasi tinggi memastikan aliran udara lancar, dengan model berpenyejuk udara menggunakan CPU cooler berbentuk menara, manakala varian liquid-cool dilengkapi 240mm AIO untuk operasi yang senyap dan suhu yang lebih rendah.
Tiga kipas hadapan untuk pengambilan udara serta satu kipas ekzos belakang memastikan aliran udara yang efisien, manakala penapis habuk yang boleh ditanggalkan memudahkan penyelenggaraan.

Dibina untuk masa depan, reka bentuk ROG G700 menggunakan komponen standard—motherboard, PSU, dan kipas—menjadikannya lebih mudah untuk diubah suai atau dinaik taraf. Panel sisi tanpa skru boleh dibuka dengan mudah, membolehkan pengguna membersih atau menukar komponen tanpa masalah.
Sentuhan Aura Sync RGB lighting dan susunan I/O hadapan yang moden melengkapkan reka bentuk setup gaming ini.

Dengan harga RM14,999, ROG G700 dikategorikan sebagai desktop gaming yang high-end—jadi sesiapa yang mahu, pastikan bajet anda cukup besar. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post