Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASUS melancarkan laptop & GPU eksklusif Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 12, 2021
in Aksesori, Anime, Artikel, Berita, Hardware, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
ASUS melancarkan laptop & GPU eksklusif Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas kolaborasi mereka bersama francais “Mobile Suit Gundam”, ASUS kini meluaskan pengaruh mereka ke siri Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba. Untuk meraikan kejayaan siri ini, ASUS telah bekerjasama dengan francais Demon Slayer untuk mengeluarkan komputer riba OLED Vivobook Pro 14, ASUS GeForce RTX 3060 TUF, serta sejumlah pilihan aksesori berdasarkan beberapa watak-watak terkenal dalam siri.

 

1 of 3
- +

Komputer riba VivoBook Pro 14 OLED mempunyai rekaan seni berdasarkan Tanjiro (watak utama siri). VivoBook dilengkapi dengan paparan OLED 2.8K, pemproses AMD Ryzen 7 5800H (Cezanne), dan kadar penyegaran setinggi 90 Hz. Walaupun komputer riba ini tidak dibuat untuk gaming secara khusus, ia masih menjadi pilihan utama buat peminat Demon Slayer. Berikut pula adalah GPU ASUS GeForce RTX 3060 TUF yang bertemakan Zenitsu Agatsuma:

Bersama dengan Vivobook edisi Demon Slayer, ASUS juga akan mengeluarkan headset, mousepad, dan router yang diilhami oleh watak-watak lain. Antaranya termasuk Tanjiro Kamado (headset gaming bergaya berwarna hijau dan tetikus yang sepadan), Nezuko Kamado (headset gaming berwarna merah jambu dan mousepad sepadan), dan wireless router yang diilhamkan oleh Inosuke Hashibira.

ASUS juga akan melancarkan motherboard TUF B560 PLUS WIFI baru, casis komputer TUF Gaming GT501, gaming router RT-AX86U, dan CPU cooler TUF Gaming 240 LC ARGB, dengan warna dan rekaan seni dari Zenitsu Agatsuma.

Buat masa ini, VivoBook 14 OLED edisi Demon Slayer kini tersedia untuk pra-pesanan di laman web JD pada harga CNY 5499 (anggaran RM3,557.31). Masih tiada maklumat jika ia akan dilancarkan di Malaysia, tetapi lebih banyak maklumat akan didedahkan dalam masa terdekat. Untuk segala liputan kami tentang ASUS, tekan di sini. Jika anda berminat untuk membaca berita kami tentang Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba, tekan di sini.

Tags: aksesoriAsusDemon SlayerGPUKimetsu No YaibaLaptopPCRTXVivoBook
Previous Post

Super Robot Wars 30 didedahkan – akan dilancarkan di konsol dan PC 28 Oktober ini!

Next Post

Anda adalah pembunuh! Crossover terbaru membawa Detective Conan ke Identity V!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Anda adalah pembunuh! Crossover terbaru membawa Detective Conan ke Identity V!

Anda adalah pembunuh! Crossover terbaru membawa Detective Conan ke Identity V!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd