Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Assassin’s Creed Valhalla percuma untuk main pada hujung minggu ini

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 21, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Game Percuma, Open World
0 0
0
Assassin’s Creed Valhalla percuma untuk main pada hujung minggu ini
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik untuk mereka yang belum cuba Assassin’s Creed Valhalla oleh Ubisoft kerana game open-world RPG tersebut boleh dimainkan secara percuma pada hujung minggu ini sempena keluaran expansion seterusnya. Acara “free weekend” ini akan bermula pada 24 Februari (kemungkinan 25 Feb di Malaysia), dan akan berakhir pada 28 Februari.

Time to dive back! 🔥 Check out our first roadmap of 2022 for Assassin's Creed Valhalla 👀

Come March 10th, undertake a perilous journey to Svartalfheim alongside Odin when Dawn of Ragnarök releases 🏔️ #AssassinsCreed pic.twitter.com/Zk8kW5bATS

— Assassin's Creed (@assassinscreed) February 18, 2022

Dua hari lepas, akaun Twitter rasmi Assassin’s Creed mendedahkan ‘roadmap’ untuk content yang pemain boleh jangkakan dalam minggu-minggu akan datang, termasuk acara “free weekend”. Sebelum itu, Update 1.5.0 akan tiba dahulu untuk game tetapi malangnya, mereka tidak mendedahkan apa yang ditawarkan oleh update ini. Update 1.5.0 akan akan dilancarkan pada 22 Februari.

Beberapa hari selepas update ini, para gamer dapat mencuba Assassin’s Creed Valhalla secara percuma. Dari 24 hingga 28 Februari, pemain boleh mencuba game ini tanpa sebarang kos tambahan. Butiran lanjut tentang acara akan diumumkan apabila tarikh semakin hampir. Mungkin ada yang tertanya “Mengapa game ini menjadi percuma buat sementara waktu?”. Memandangkan Assassin’s Creed akan menerima expansion baru tidak lama lagi, strategi “game percuma” adalah untuk menarik lebih ramai pemain dan membuatkan mereka tidak sabar untuk cuba content akan datang.

Content terakhir di roadmap adalah untuk DLC Dawn of Ragnarok. Bakal tiba pada 10 Mac, expansion ini menyaksikan pemain mengawal dewa Odin semasa dia memasuki alam mitos Svartalfheim. DLC ini akan menawarkan content selama 40 jam, dan mengikut khabar angin, hanya akan memakan ruang sebanyak 15GB. Nama pun expansion besar kan?

Jika semua berjalan lancar, acara “free weekend” dan DLC pasti akan membawa lebih ramai pemain baru ke francais. Malah, ini adalah game yang paling menguntungkan untuk Ubisoft. Menurut kata mereka, Valhalla telah memperoleh keuntungan lebih dari USD $1 bilion, lantas menjadi game Ubisoft pertama untuk mendapat pencapaian tersebut.

Tags: Assassin's CreedAssassin's Creed ValhallaPercuma
Previous Post

“Kuasa kosmik makin dekat” – Interview World of Warcraft: Shadowlands Eternity’s End

Next Post

Sony betulkan isu Cyberpunk 2077 tidak boleh “launch” untuk PS4

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Sony betulkan isu Cyberpunk 2077 tidak boleh “launch” untuk PS4

Sony betulkan isu Cyberpunk 2077 tidak boleh "launch" untuk PS4

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd