Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apple Umum Kemaskini Inovatif Di WWDC25 – Ini 9 Sorotan Utama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 10, 2025
in Aksesori, Artikel, Berita, iOS, Keyboard, Laptop, Mobile, Tablet, Teknologi, TV
0 0
0
Apple Umum Kemaskini Inovatif Di WWDC25 – Ini 9 Sorotan Utama!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam acara tahunan Worldwide Developer’s Conference (WWDC25), Apple mengumumkan pelbagai kemaskini utama merentasi semua platform perisiannya.

Ciri-ciri baharu ini bukan sahaja memperkenalkan teknologi yang lebih pintar, malah membawa reka bentuk baharu yang akan mula diperkenalkan pada peranti Apple sekitar musim luruh ini (antara September hingga November).

Dari iOS 26 hingga visionOS 26, berikut adalah sembilan sorotan utama daripada acara yang mencuri tumpuan ramai:

1. Reka Bentuk “Liquid Glass” Satukan Semua Platform Apple

Apple memperkenalkan gaya reka bentuk baharu yang dipanggil Liquid Glass: elemen lut sinar yang memberi rupa lebih moden dan ekspresif pada UI peranti seperti iOS 26, iPadOS 26, macOS Tahoe 26, watchOS 26 dan tvOS 26. Reka bentuk ini menjadikan ikon, widget dan kawalan lebih menonjol sambil mengekalkan keseragaman antara sistem. Untuk pengalaman pengguna yang lebih lancar, Apple juga menyelaraskan nombor versi di semua platform.

2. Apple Intelligence Kini Lebih Canggih

Apple Intelligence kini tampil lebih pintar dan berguna: antaranya ialah ciri Live Translation yang membolehkan terjemahan langsung dalam perbualan dan mesej. Selain itu, Genmoji dan Image Playground turut menerima kemaskini menarik. Fungsi Visual Intelligence pula membolehkan pengguna berinteraksi dengan kandungan di skrin, termasuk membuat carian atau cadangan produk melalui integrasi dengan ChatGPT, Google dan Etsy.

3. Aplikasi Phone dan Messages Diperbaharui

Aplikasi Phone dalam iOS 26 hadir dengan susun atur baharu yang menggabungkan Favorites, Recents dan Voicemails. Ciri Call Screening pula boleh menapis panggilan daripada nombor tak dikenali. Dalam aplikasi Messages, pengguna kini boleh menyaring mesej daripada pengirim yang tidak dikenali, menukar latar belakang perbualan, dan mencipta undian kumpulan. Fungsi Continuity juga dipertingkat, kini anda boleh menjawab panggilan di Mac, dan Live Activities dari iPhone turut disokong di macOS Tahoe 26.

4. iPadOS 26 Lebih Fleksibel untuk Produktiviti

Kemaskini iPadOS 26 memfokuskan kepada kemudahan kerja: tetingkap aplikasi kini boleh diubah saiz dan dialihkan dengan mudah. Aplikasi Files turut menerima paparan List baharu, sokongan seret dan lepas folder ke Dock, serta kebolehan menyesuaikan warna, ikon dan emoji untuk organisasi yang lebih mesra pengguna.

5. watchOS 26 Tingkatkan Kecergasan dan Kemudahan Harian

watchOS 26 memperkenalkan Workout Buddy, satu ciri AI yang memberi motivasi secara peribadi semasa bersenam. Aplikasi Workout kini menyarankan muzik mengikut jenis senaman anda. Sokongan Smart Stack hints, Live Translation dalam Messages, serta gerakan pergelangan tangan untuk padam notifikasi menjadikan Apple Watch lebih pintar. Malah, aplikasi Notes kini tersedia di pergelangan tangan anda.

6. visionOS 26 Ubah Cara Kita Berinteraksi Secara Spatial

visionOS 26 untuk Apple Vision Pro memperkenalkan widget spatial yang akan muncul secara automatik apabila diperlukan, sesuai dengan persekitaran anda. Personas kini kelihatan lebih realistik dengan tekstur kulit, bulu mata dan rambut yang lebih semula jadi. Pengguna juga boleh berkongsi pengalaman seperti menonton filem 3D atau bermain game dalam ruang yang sama. Apple Intelligence turut ditambah baik, termasuk kemaskini Image Playground dan sokongan untuk lebih banyak bahasa.

7. AirPods Kini Lebih Pintar dan Serbaguna

AirPods kini menyokong rakaman audio berkualiti tinggi dengan ciri Voice Isolation, sesuai untuk merakam dalam suasana bising. Satu lagi penambahan berguna ialah keupayaan mengawal rakaman video dari jauh hanya dengan menekan batang AirPods.

8. CarPlay Lebih Mesra Pemandu

CarPlay yang dikemaskini bersama iOS 26 menyokong paparan padat untuk panggilan masuk, pinned conversations, Tapbacks dalam Messages, serta widget Live Activities — semuanya direka untuk memastikan pemandu kekal fokus dan bermaklumat tanpa terganggu.

9. tvOS 26 Serlahkan Pengalaman Hiburan Peribadi

tvOS 26 kini menyokong paparan profil automatik apabila Apple TV dihidupkan, membolehkan pengguna terus ke senarai tontonan atau senarai peribadi. Ciri Sing dalam Apple Music pula membolehkan iPhone digunakan sebagai mikrofon — sesuai untuk sesi karaoke di ruang tamu.

Untuk maklumat lanjut mengenai semua kemaskini di WWDC25, layari laman web rasmi Apple.











Tags: appleWWDC25
ShareTweetSend
Previous Post

EKSKLUSIF Civilization: Eras & Allies – Produser Cliff Lance Menjelaskan Permulaan Era Baharu 4X

Next Post

Beast of Reincarnation – Perubahan Besar Game Freak Yang Dikenali Untuk Pokémon

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Beast of Reincarnation – Perubahan Besar Game Freak Yang Dikenali Untuk Pokémon

Beast of Reincarnation - Perubahan Besar Game Freak Yang Dikenali Untuk Pokémon

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd