Buat mereka yang sudah lama menunggu, Apex Legends Mobile secara rasmi memulakan content Season 3 pada hari ini! Antara tambahan baru termasuk Legend baru Ash, event baru, Battle Pass baru dan kemas kini kepada sistem utama. Legend Fade juga mendapat senjata baharu, yang eksklusif hanya untuk versi mobile sahaja.
Banyak yang ditambah, jadi berikut adalah rumusan lengkap:
- Legend Ash tiba di dalam game dengan set kemahiran unik termasuk abiliti pasif “Marked For Death” yang mendedahkan lokasi deathbox dan musuh yang masih hidup; abiliti taktikal “Arc Snare” yang menjerat dan lakukan damage pada musuh; dan abiliti Ultimate “Phase Breach” yang teleport ke lokasi yang disasarkan.
- Tambahan senjata jarak dekat “eksklusif untuk mobile dahulu” untuk Fade yang dipanggil Constellation. Boleh naik taraf dan ubahsuai dengan kesan visual, tekstur dan banyak lagi.
- Second Shot Blitz: Mode Battle Royale terhad yang aktif semasa musim ini. Semasa Second Shot Blitz sedang aktif, semua orang mendapat peluang untuk respawn secara automatik.
- Acara Spooky October Halloween akan datang tidak lama lagi! Nantikan content unik pada peta Kings Canyon dan World’s Edge serta ganjaran kosmetik menyeramkan untuk para Legend dan senjata kegemaran!
- Misi Faction: Bantu salah satu daripada tiga Faction besar yang berebut kuasa dalam Apex Games. Selesaikan misi bagi Faction anda untuk mendapatkan mata wang bermusim yang kemudian boleh ditebus di kedai dalam permainan!
- Champions Battle Pass akan datang dengan sejumlah kosmetik cantik.
- World’s Edge dan Kings Canyon kini akan rotate secara aktif untuk Normal dan Ranked Battle Royale, serta pengenalan kepada Coliseum di mana anda boleh memulakan pertarungan bersama pemain lain. Lebih banyak kill yang anda peroleh di Coliseum, lebih baik loot-nya!
- TDM dan Gun Game akan rotate di antara peta Thermal Station, Artillery, dan Pythas Block 0.
Patch note terkini dan developer diary memberikan maklumat penuh dan pandangan yang lebih mendalam tentang kemas kini baharu Apex Legends Mobile Season 3. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post