Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Uzumaki Akan Datang ke Netflix Malaysia pada 20 Disember

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 3, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Anime Uzumaki Akan Datang ke Netflix Malaysia pada 20 Disember
Share on FacebookShare on Twitter

Adaptasi anime daripada manga seram ikonik karya Junji Ito, Uzumaki, bakal menggegarkan penonton di Malaysia bermula 20 Disember menerusi Netflix.

Peminat Junji Ito boleh menantikan anime yang diadaptasi daripada salah satu karyanya yang paling ikonik, di bawah arahan Hiroshi Nagahama. Siri mini empat episod ini adalah hasil usaha sama Studio Drive dan Studio Akatsuki, dengan kerjasama produksi daripada Production I.G. USA dan Adult Swim.

Sinopsis

“Uzumaki menceritakan kisah menyeramkan tentang Kurouzu-cho, sebuah bandar kecil yang diselubungi kabus dan dihantui obsesi aneh terhadap bentuk lingkaran. Kirie Goshima, seorang pelajar sekolah menengah, menjalani kehidupan biasa sehingga teman lelakinya, Shuuichi Saito, mula menyedari fenomena aneh dan berbahaya yang berkaitan dengan obsesi ayahnya terhadap bentuk lingkaran. Apa yang bermula sebagai obsesi luar biasa, akhirnya berubah menjadi siri kejadian seram yang tidak dapat dijelaskan, mengheret penduduk bandar itu ke dalam kegilaan yang tidak terkawal.”

Kredit: Adult Swim

Disiarkan secara bersiri dalam Big Comic Spirits dari tahun 1998 hingga 1999, Uzumaki dipuji sebagai karya agung dalam genre manga seram. Jalan ceritanya yang mendebarkan, disertai dengan visual aneh, telah menerima pujian meluas, mengukuhkan statusnya sebagai karya agung Junji Ito. Manga ini turut menerima pengiktirafan antarabangsa, termasuk pencalonan untuk Anugerah Eisner pada tahun 2003.

Kredit: Adult Swim

Versi anime ini telah mula disiarkan melalui Toonami di Adult Swim pada 28 September dan berakhir pada 19 Oktober. Ia kini tersedia untuk ditonton di platform Max di beberapa wilayah tertentu. Kini, Netflix membawakan anime Uzumaki secara eksklusif kepada penonton Malaysia, membolehkan kita semua merasai kengerian Kurouzu-cho.

Tags: Junji ItonetflixUzumaki
ShareTweetSend
Previous Post

PlayStation Sambut Ulang Tahun Ke-30 dengan Update Nostalgia Di PS5

Next Post

[Khabar Angin] Kagurabachi Akan Dapat Adaptasi Anime Oleh Cygames Pictures!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
[Khabar Angin] Kagurabachi Akan Dapat Adaptasi Anime Oleh Cygames Pictures!

[Khabar Angin] Kagurabachi Akan Dapat Adaptasi Anime Oleh Cygames Pictures!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd