Tsuburaya Productions mendedahkan semasa siaran langsung acara Konvensyen Tsuburaya 2021, bahawa anime Ultraman kedua akan ditayangkan di Netflix di seluruh dunia pada bulan April 2022. Acara itu juga mendedahkan visual baharu untuk anime tersebut. Selain itu, acara itu mendedahkan bahawa Junichi Suwabe akan menyuarakan Alien Pedanto dalam anime.

Selain itu, filem Shin Ultraman juga akhirnya mendedahkan tarikh tayangannya. Selepas ditangguhkan disebabkan pandemik Covid-19, Shin Ultraman mempunyai tarikh tayangan untuk Jepun pada 13 Mei 2022. Shin Ultraman ialah entri akan datang dalam trilogi “Shin” oleh Hideaki Anno, yang merupakan remake baru bagi watak klasik Jepun itu.
Pencipta Evangelion, Hideaki Anno sedang mengerjakan kedua-dua Ultraman dan Kamen Rider baru. Sebelum ini, dia mengarahkan Shin Godzilla bersama Shinji Higuchi. Kali ini pula Higuchi mengarahkan Shin Ultraman manakala Anno menghasilkan dan menulis skrip untuknya. Anno mengendalikan kedua-dua tugas menulis dan mengarah untuk Shin Kamen Rider.
Takumi Saitoh, yang sebelum ini muncul dalam Shin Godzilla, akan membintangi watak utama dalam Shin Ultraman. Dia akan disertai oleh barisan pelakon lain seperti Masami Nagasawa, Hidetoshi Nishijima dan Daiki Arioka. Bin Furuya yang membintangi siri Ultraman 1966 sebagai watak utama juga akan membuat penampilan dalam filem akan datang.

Daripada acara langsung hari itu, Higuchi nampaknya masih lagi dalam pembikinan filem itu. Memang pasukan yang terlibat pastu sedang sibuk dalam pembikinan filem tersebut sebelum traikh tayang perdana pada Mei 2022. Buat sementara waktu ini, masih belum ada maklumat jika filem Shin Ultraman akan mendapat tayangan antarabangsa. Jadi, kita mampu menunggu sahaja berita selanjutnya.
Untuk segala liputan mengenai Ultraman, sila klik pautan ini.
Sumber: Shin Ultraman, Kotaku, ANN
@gamersantaimy
Discussion about this post