Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Ultraman Final Season akan hadir ke Netflix pada 2023!

Maira by Maira
April 20, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix, Tokusatsu
0 0
0
Anime Ultraman Final Season akan hadir ke Netflix pada 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Anime Ultraman Season 2 baru sahaja tersedia di Netflix dan nampaknya kita akan mendapat musim terakhir pada tahun depan! Melalui Twitter, Netflix Anime telah mendedahkan poster berserta trailer baru untuk siri anime Ultraman Final Season yang akan ditayangkan pada 2023. Anda boleh tonton teaser trailer tersebut di bawah.

Melihat pada teaser tersebut, ia menunjukkan Ultraman terbaring di tanah dengan keadaan sutnya selepas diserang dan dihempas ke tanah. Kita juga boleh nampak Ultraman cuba untuk bangkit semula sebelum skrin bertukar hitam. Buat masa ini, tiada tarikh rasmi bila anime ini akan ditayangkan. Tetapi peminat boleh nantikan berita lanjut mengenainya daripada Netflix.

Pada poster Ultraman Final Season juga, ia memaparkan ultraman yang sama pada video teaser. Lebih menarik lagi, pada poster itu terdapat ayat “Farewell, Ultraman” yang bermaksud “Selamat tinggal, Ultraman.” Adakah selepas ini tiada lagi Ultraman dalam dunia itu? Rasa tidak sabar pula untuk menonton musim terakhir anime tokusatsu ini.

Untuk pengetahuan anda, siri anime Ultraman telah ditayangkan di Netflix pada April 2019 dan mempunyai sebanyak 13 episod. Musim kedua juga mempunyai jumlah episod yang sama dan ditayangkan secara rasmi pada 14 April lalu. Anda akan melihat Ultraman disertai Seven, Ace, Zoffy, Jack dan Taro. Kumpulan Ultraman ini akan bersatu padu untuk bersama-sama menentang ancaman makhluk asing baharu.

Kenji Kamiyama (Ghost in the Shell: Stand Alone Complex, Eden of the East, Napping Princess) dan Shinji Aramaki (Appleseed, Harlock: Space Pirate, Starship Troopers: Traitor of Mars) mengarahkan musim anime pertama. Production I.G (Ghost in the Shell: Stand Alone Complex, Eden of the East, Napping Princess) dan Sola Digital Arts (Appleseed Alpha, Starship Troopers: Invasion, Starship Troopers: Traitor of Mars) menghasilkan anime dalam 3D CG. Nobuko Toda dan Kazuma Jinnouchi menyusun muzik.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Ultraman daripada kami, sila klik pautan ini.

Previous Post

Pemain kena BAN sebab kutip “seluar dalam” di Elden Ring, mohon hati-hati

Next Post

Just Cause: Mobile kini tersedia untuk download di Malaysia

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Just Cause: Mobile kini tersedia untuk download di Malaysia

Just Cause: Mobile kini tersedia untuk download di Malaysia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd